KUALA TERENGGANU – PAS Terengganu berpandangan tidak perlu diadakan pilihan raya negeri (PRN) Selangor pada masa terdekat bagi menyelesaikan kemelut politik yang sedang berlaku.
Pengarah Jabatan Penerangan PAS negeri Terengganu Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah berkata selain masa yang tidak bersesuaian untuk mengadakan PRN Selangor, ia juga akan melibatkan kos yang besar dan mengganggu tumpuan program di negeri-negeri lain.
“tak boleh…..tak boleh…..kalau buat juga (PRN Selangor)……..yang pertama melibatkan kewangan….ratusan ribu ringgit (akan terpaksa dibelanjakan)……semua PAS negeri-negeri (dan) Pakatan Rakyat akan terlibat,
“tumpuan kita di negeri-negeri akan terganggu…..program-program akan terbantut, semua akan tertumpu di sana…….di mana keuntungannya?,”soalnya ketika ditemui di Pejabat Perhubungan PAS, di sini pada Selasa 5 Ogos.
Beliau yang juga Yang DiPertua PAS Kuala Terengganu berkata demikian ketika mengulas kenyataa Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Rafizi Ramli yang mengesyorkan PRN Selangor bagi meyelesaikan masalah berkait PKR dan jawatan Menteri Besar negeri Selangor.
Tegas beliau, mandat yang telah diberikan oleh rakyat kepada Pakatan Rakyat pada pilihanraya umum kali ke-13 yang lalu perlu diteruskan.
“Kemenangan belum pasti…..sudah diberi peluang oleh rakyat untuk memerintah (hanya perlu) perbaiki sahaja,
“selesaikan krisis…….selesaikan masalah……..utamakan kehendak rakyat daripada kehendak peribadi,”jelasnya.
http://youtu.be/84_UyK-Si9A










