Terengganu, Malaysia

Kembalilah Kepada Landasan Sebenar, Kembali Kepada Islam

kamaruzman mohamad

Dewan Pemuda PAS WP (DPPWP) menyokong kenyataan yang Saranan yang dibuat oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, YB Ustaz Nasruddin Hassan mengenai perlunya perlaksanaan undang-undang syariat Islam di Malaysia disokong oleh Dewan Pemuda PAS WP (DPPWP).

kamaruzman mohamadKetuanya, Kamazuzaman Mohamad berkata Islam adalah agama yang memperjuangkan keadilan dan kesaksamaan kepada semua manusia tanpa mengira agama, kaum dan warna kulit. Islam yang merupakan cara hidup adalah satu-satunya agama yang mempunyai sistem perundangannya sendiri.

“ekoran kegagalan sistem perundangan kini dalam menangani masalah jenayah, sistem undang-undang Islam ini adalah adalah terpakai pada sepanjang zaman baik masa lampau, kini dan masa depan.

“Ini kerana undang-undang Islam adalah termaktub di dalam Al-Quran yang mana ianya terpelihara sehingga ke akhir zaman,”ujarnya, menurut kenyataan yang dikeluarkan Dewan tersebut hari ini, Jumaar 2 ogos.

Akan tetapi, kata beliau, malang bagi Malaysia bila mana pemimpinnya mengaku sebuah negara Islam tetapi tidak melaksanakan apa yang sepatutnya ada di dalam sebuah negara Islam.

Oleh itu, walaupun telah merdeka lebih 50 tahun, Malaysia masih lagi mengamalkan undang-undang ciptaan penjajah dengan merujuk kepada Common Law, undang-undang ciptaan Inggeris yang tidak mampu mengatasi masalah sosial dan jenayah yang kian membarah kini.

“Saban hari di dada-dada akhbar dan televisyen, tersiarnya berita kejadian jenayah yang berleluasa. Malaysia kini di ambang fenomena kejadian pembunuhan tembak-menembak. Negara kini persis sebuah negara mafia. Nyawa bagaikan sudah tidak bernilai lagi.

“Rakyat kian hidup dalam keadaan tertekan dan ketakutan. Nah, inilah yang dikatakan kegagalan sistem perundangan yang dianuti para pemimpin negara dari dulu sehingga kini. Walaupun perlabagai akta digubal dan diperkenalkan, namun ianya tidak mampu membendung kejadian-kejadian jenayah ini,”jelasnya.

Justeru, kata Kamaruzaman, sudah tiba masanya bagi para pemimpin negara kembali ke landasan yang sebenar dan kembalilah kepada perintah Allah SWT.

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan