KUALA TERENGGANU – Penduduk Batu Rakit menggesa kerajaan mengembalikan semula matlamat asal pembangunan Ladang Rakyat Lembah Bidong yang diusahakan semasa kerajaan PAS Terengganu 1999 – 2004.
Penduduk Kampung Lingai Shafie Ngah, 55 (Gambar bawah) berkata, warga tempatan sangat sukacita ketika kerajaan mengumumkan Ladang tersebut akan dibangunkan untuk manfaat penduduk tempatan.
Sebaliknya kata beliau, apabila Umno dan Barisan Nasional (BN) mengambilalih pemerintahan pada tahun 2005, usaha tersebut menjadi ‘sia-sia’.
“(orang ramai) rasa suka ria dengan (cadangan kerajaan membangunkan Ladang Rakyat)…….cuma dengan kata-kata (almarhum) Ustaz Dato’ Abu Bakar Chik, sia-sialah kita hari ini,
“zaman dia ada hari tu, dia (kerajaan) nak buka Ladang Rakyat nak beri (manfaat) ke rakyat…..tina-tiba (bila Umno memerintah) jadi begini,” ujarnya kesal.
Mengimbas kembali saat permulaan pembangunan terbabit, beliau berkata, lebih 20 orang penduduk tempatan telah diambil sebagai pekerja.
“rakyat boleh tambah pendapatan, lebih kurang 20 orang kerja isi tanah dalam ‘polybag’ di tapak semaian masa tu,
“tapi lepas PAS kalah, dia ambil pekerja Indonesia (tidak ada lagi pekerja tempatan) ramai orang kita kena buang kerja,” jelasnya.
Bahkan menurut beliau, rakyat telah kehilangan salah satu kegiatan ekonomi tradisi apabila pihak pengurusan Ladang Rakyat tidak membenarkan mereka masuk ke kawasan tersebut, untuk memancing.
“asal Ladang Rakyat itu…..bukan tanah sesiapa (tanah kerajaan) orang-orang tua dahulu tempat memamcing ikan, ada yang pergi sehariandan ada yang bermalam (di kawasan) itu berhari-hari,
“memang orang suka cari ikan (antaranya) ikan Tapah, mata pencarianorang kampung….sekali-sekali balik banyak bawa ikan, buat ikan salai,” kata beliau.

Sehubungan itu, Pengerusi Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (MTD) Batu Rakit menyifatkan ia adalah jasa PAS khususnya manta Exco Pertanian negeri waktu itu, untuk membangunkan Batu Rakit.
Kata beliau, cadangan asalnya adalah untuk meningkatkan aktiviti ekonomi dengan menambahkan peluang pekerjaan kepada penduduk setempat.
“antara idea besar yang dibangunkan oleh bekas Exco (yang juga ADUN) Batu Rakit ketika itu ialah Ladang Rakyat untuk membangunkan ekonomi,
“bukan sahaja nak menyediakan peluang pendapatan tetapi menambah peluang pekerjaan sebagaimana sekarang ni dia (kerajaan) hanya beri bantuan (kewangan) beberapa ratus (ringgit) sebulan,
“tetapi (kerajaan PAS) nak rakyat kita ada kerja…..ada peluang untuk kerja…….antaranya adalah Ladang Rakyat,” tegasnya.
Disamping itu katanya, hasil dari Ladang itu, pada asalnya adakah untuk membantu penduduk DUN Batu Rakit.
Namun begitu, kata beliau, generasi baharu penduduk hampir tidak tahu sebenarnya, kewujudan Ladang Rakyat tersebut adalah hak penduduk Batu Rakit.
“ia telah menjadi asing kepada penduduk Batu Rakit itu sendiri!,” tambahnya.










