Kejadian Kepala Air Di Hulu Kasar

857

KUALA TERENGGANU – Pengarah Majlis Tindakan DUN (MTD) DUN Langkap, Azmi Maarof mengesahkan tragedi kelapa air sungai Hulu Kasar yang berlaku jam 5.30 petang, Jumaat, 2 September.

Beliau yang juga Pegawai Penyelaras DUN tersebut ketika dihubungi berkata, pihak polis telah mengesahkan perkara tersebut dan tindakan akan diambil.

“Ya, betul berlaku lebih kurang jam 5.30 petang dan saya telah hubungi dan pihak polis telah mengesahkan cuma berapa banyak kerosakan dan tiada kemalangan jiwa.

“Serta harta benda masih belum diketahui kerana pihak polis sedang melakukan siasatan,” ujarnya.

Beliau bersyukur tiada kemalangan jiwa yang dilaporkan dalam kejadian tersebut.

“Alhamdulillah semua selamat, hanya enam buah kereta yang hanyut,” ujar beliau.

Dalam video di media sosial berapa buah kereta telah dihayutkan oleh kepala air di kawasan tersebut.

Sementara itu Setiausaha Khidmat Malaysia Cawangan Setiu, Izzuddin Hamzah mengesahkan, kemusnahan enam buah kereta telah ditelenggami.

“kejadian fenomena Kepala Air di Lata Ulu Kasar, tiada kemalangan Jiwa berlaku dua kereta telah dihayutkan air,

” semua mangsa yang terperangkap telah berjaya dikeluarkan dan ditempatkan di Masjid Merbau Menyusut.” ujarnya dalam satu kenyataan media.