Terengganu, Malaysia

Kejadian Jenayah Bersenjata Mengejutkan

Kejadian Jenayah Bersenjata Mengejutkan

KUALA TERENGGANU – PAS kesal dengan jenayah rompakan bersenjata yang berlaku di kawasan Pulau Kambing dekat sini pada 27 Ogos lalu dan bersimpati kepada mangsa tembakan kejadian tersebut.

IMG-20150829-WA0144Pengerusi Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandar Ustaz Ahmad Shah Mohamad berkata kejadian seumpama itu amat mengejutkan kerana negeri Terengganu selama ini dianggap sebagai negeri yang aman.

“Bagi pihak PAS DUN Bandar, kami amat kecewa tentang apa yang berlaku kepada Wong Tze Chiew yang tinggal di kampung Pulau Kambing yang mana telah terlibat dengan kejadian yang dikatakan sebagai rompakan bersenjata,

“peristiwa yang memang tidak pernah terpikir bagi kita telah berlaku di negeri kita yang dianggap negeri yang aman……..kejadian ini amat mengejutkan kita semua……….Bagi pihak PAS kami mengucapkan takziah dan berdoa agar beliau cepat sembuh,”ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menziarahi Wong di hospital Sultanah NurZahirah dekat sini pada Sabtu, 29 Ogos.

IMG-20150829-WA0145Menurutnya, kejadian yang berlaku itu menunjukkan, betapa sistem perundangan tidak dapat menjamin keselamatan rakyat, dimana kejadian jenayah semakin hari semakin bertambah.

Katanya, ia bukan sahaja melibatkan keselamatan orang awam bahkan mengancam nyawa manusia.

“Ini merupakan satu kegagalan sistem perundangan Malaysia yang sepatutnya dapat menyekat kejadian jenayah yang melibatkan senjata yang akhir-akhir ini berlaku secara meluas sehingga sampai ke negeri kita,

“yang bukan sahaja melibatkan kecederaan yang biasa malah kecederaan yang parah dan boleh menyebabkan kematian,”tegasnya.

Oleh itu, beliau menyeru supaya rakyat Terengganu peka dan berhati-hati serta mengambil langkah membuat perubahan bagi menjamin masa depan yang lebih baik.

IMG-20150829-WA0147“kita mengharapkan rakyat sentiasa berfikir untuk mengubah negara kita ke arah yang lebih aman melalui sebuah kerajaan yang lebih bersih yang sentiasa fokus kepada keselamatan rakyat………..Doa kami agar keluarga mangsa agar bersabar dan semoga mangsa cepat sembuh,”tambah beliau.

Dalam kejadian pada jam 9 malam 27 Ogos lalu, Wong Tze Chiew, 28, nyaris maut apabila terkena tembakan dipercayai dilepaskan individu yang berniat mencuri pacuan empat roda jenis Toyota Hilux miliknya.

Wong mengalami kecederaan parah dengan terdapat dua kesan tembakan di bahagian bahu sebelah kanan.

Ketua Polis Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Idris Abd Rafar berkata, sebelum kejadian, mangsa yang sedang menikmati makan malam bersama ahli keluarganya telah diminta oleh bapanya agar mengambil kad Astro yang tertinggal di dalam pacuan empat roda miliknya.

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan