Kejadian Gempa Bumi Diharap Memberikan ‘Peringatan’ Kepada Penduduk Sabah

2987

RANAU – Kejadian gempa bumi yang berlaku khususnya di bumi Ranau dan Kundasang banyak memberi pengajaran kepadarakyat Sabah.

Yang DiPertua PAS Kawasan Ranau Ustaz Ratib Duraman menyifatkan bencana tersebut merupakan satu peringatan daripada Allah.

https://youtu.be/0_U7SCCwY4A

“pengajaran (dari gempa bumi) itu memang banyak lah………kerana ramai orang yang jahil, banyak perkara yang disuruh oleh Allah ditinggalkan dan banyak perkara yang dilarang oleh Allah menjadi amalan (dan) kebiasaan,

“Allah beri peringatan (kerana) Allah sayang kepada masyarakat terutamanya di Ranau, mudah-mudahan gempa bumi itu memberi rasa gerund an keinsafan…..itulah yang diharapkan,”ujarnya.

Beliau berkata demikian selepas menerima kunjungan oleh delegasi Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI) Terengganu yang mengadakan Misi Ziarah kepada mangsa-mangsa gempa bumi di kawasan tersebut dari 9hb hingga 11hb Julai.

DSC_0180 (2)Beliau turut melahirkan rasa kesal kerana ada di kalangan masyarakat Islam dan bukan Islamyang masih mengamalkan kepercayaan ‘karut dan marut’, berkait dengan kejadian gempa tersebut.

 

Katanya ada segelintir daripada mereka yang membawa ‘khinzir’ untuk disembelih di kaki gunung Kinabalu, kononnya mahu dikorbankan.

“tak silap saya pada hari Sabtu lalu, dia orang bawa ‘babi’ lagi mahu ‘potong’ dekat gunung Kinabalu sana,

“kebetulan (diketahui) oleh orang-orang kampung, mereka berkumpul dan menghalang (serta) memberi amaran, sekira tidak bawa babi ini keluarga, mereka ambil tindakan,”jelasnya.

Beliau mengucapkan syukur kerana ada dikalangan penduduk termasuk seorang imam di Kundasang yang sedar dan mempertahankan aqidah serta kepercayaan orang-orang Islam disana.

Delegasi KAMI bergambar dihadapan masjid daerah Ranau yang ruang solat utamanya ditutup selepas kejadian gempa bumi pada 5 Jun laluPada pertemuan tersebut, Pengerusi KAMI Dr. Azman Ibrahim telah menyampaikan sedikit bantuan kepada pihak PAS Ranau untuk diagihkan kepada mangsa-mangsa gempa bumi terbabit.

Gempa bumi dengan kekuatan 5.9 pada skala Richter berpusat di 6.1 utara, 116.6 timur, kira-kira 16 kilometer di barat daya Ranau berlaku jam 7.15, pada Jumaat, 5 Jun lalu.

Sehubungan itu, Bendahari masjid daerah Ranau, Amran Montu ketika ditemui berkata, antara bangunan yang terjejas akibat kejadian gempa bumi kuat itu adalah masjid itu sendiri, Sekolah, hospital dan sebuah To’ Kong.

Katanya, ruang solat utama masjid tersebut ditutup setelah pihak Polis dan Bomba membuat pemeriksaan dan siasatan.

“selepas (kejadian) gempa, pihak polis dan bomba datang dan menyiasat kemudian mereka mengarahkan supaya ruang solat utama itu ditutup kerana keadaan tidak selamat,

“ada lagi bangunan lain yang terjejas……..Sekolah Menengah Kebangsaan (Ranau), Hospital dan sebuah To’ Kong Cina,”ujarnya ketika ditemui.

https://youtu.be/JZjeK6o5-Pc

Beliau dimaklumkan, kemungkinan besar masjid yang dibina pada tahun 1970-an itu akan dirobohkan terus untuk dibina dengan bangunan yang baru.

Menurutnya, ia adalah kejadian gempa bumi kuat yang kedua dialami sepanjang beliau tinggal di Ranau, yang pertama, katanya berlaku pada tahun 1991.

“saya sudah dua kali mengalami (kejadian gempa bumi) sebenarnya ya……….pada tahun 1991 kejadian yang sama berlaku,

Bendahari masjid Ranau Amran Montu ketika ditemui menceritakan saat gempa berlaku“lebih kurang sama………. yang berlaku baru-baru ini 5.9 (pada skala Richter) yang dulu pun lebih kurang 5 ‘point’ lebih juga,”jelasnya.

Oleh itu, menurutnya, beliau tidak begitu panic apabila bumi Ranau dilanda gempa sekali lagi pada awal bulan lepas itu.

Namun begitu, katanya, ‘Tok Siak’ masjid berkenaan masih lagi dalam keadaan ‘trauma’ kerana ketika kejadian berlaku pagi tersebut, beliau sedang membersihkan ruang solat untuk persediaan solat Jumaat.

“nasib baik………(ketika dia) mop lantai…..sapu-sapu jatuh dibelakangnya bongkah batu (runtuhan masjid)…….dia masih trauma lagi,

“besar batu itu (yang hampr mengenainya),”tambah Encik Amran yang telah bertugas di masjid tersebut sejak empat tahun yang lalu.