Kehadiran Ramai Menandakan ‘PAS Dihati Rakyat’

1581

KUALA TERENGGANU – Mantan Pesuruhjaya PAS negeri Terengganu, Haji Mohd AbdulWahid Endut berkata, Majlis Rumah Terbuka yang diadakan pada 3 Syawal adalah merupakan acara tahunan beliau.

IMG-20150720-WA0082Beliau yang juga ADUN kawasan terbabit mencucapkan terima kasih kepada semua warga Wakaf Mempelam dan para hadirin yang ramai mengunjunginya majlis tersebut.

Katanya, ia menandakan sokongan rakyat yang berterusan kepada PAS.

“ia diadakan saban tahun, adalah sebagai satu cara untuk meraikan rakyat khususnya yangg berada di dalam DUN Wakaf Mempelam dan (juga) perantau yang pulang ke kampung sempena Eidilfitri,

“sambutan ramai yang diterima setiap tahun menggambarkan bahawa program yang dianjurkan oleh PAS terus mendapat tempat di hati rakyat setiap lapisan,”ujarnya.

IMG-20150720-WA0079Menurutnya, program tersebut adalah contoh kerjasama dan gotong royong serta muafakat diantara ahli dan penyokong PAS bersama Majlis Tindakan DUN Wakaf Mempelam.

Beliau melahirkan sukacita dengan kehadiran hampir 5,000 orang ke majlis tersebut dan mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang bertungkus lumus.

“saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada para petugas yang saban tahun bertungkus lumus menjayakan program tersebut (ini).

“kehadiran setiap lapisan masyarakat boleh dijadikan sebagai satu tanda DUN Wakaf Mempelam in shaa Allah akan (terus) dimenangi oleh PAS dalam pilihanraya akan datang,”jelasnya.