Kehadiran Bekas Timbalan Presiden Umno Di Pentas PAS Bukti ‘PAS Ganti Umno’

1838

KEMAMAN – Kehadiran Tan Sri Muhyiddin Yassin berceramah di atas pentas PAS pada Himpunan PAS Harapan Semua (HARAP 3.4) di Kemasik Kemaman adalah bukti PAS hendak menggantikan UMNO bukannya bekerjasama dengan UMNO.

“Dia hentam UMNO, kitapun hentam UMNO, diapun hentam Najib, kitapun hentam Najib,jadi kerja-kerja jahat mengatakan PAS berbaik dengan UMNO terjawablah, PAS Ganti UMNO(PGU) bukannya PAS bekerjasama dengan UMNO(PBU),” ujar Naib Presiden PAS.

Idris Ahmad PCUstaz Idris Ahmad berkata demikian ketika di temui pemberita selepas menyampaikan ceramah sepentas dengan bekas Timbalan Presiden Umno itu semalam.

Beliau seterusnya menjelaskan, ” seperti PAS, BERSATU juga ingin menjatuhkan Najib menerusi proses demokrasi iaitu mengambil pendekatan pilihanraya, demokrasi”.

“Di Malaysia ini, dalam konteks lain, memang tak sesuai,bukan budaya kita.”

Menurutnya, setakat ini tiada keputusan yang tepat daripada PAS berhubung dengan kerjasama dengan BERSATU.

Mengulas kenyataan Presiden PAS, Dato Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, bahawa PAS tidak akan bekerjasama dengan parti yang mahu menjadikan PAS sebagai anaktangga, Ustaz Idris berkata, kenyataan tersebut ditujukan kepada DAP.

“Di Malaysia ini,kerana teras politik Malaysia ialah melayu Islam, kalau boleh macam di Perak, DAP dah dapat 18 kerusi, ‘solid’ tetapi dia tidak boleh memerintah juga.

malamini3“sebab itu, sewaktu kita bersama Pakatan dahulu orang kata, DAP akan memerintah. Tidak logik, yang boleh ‘challenge’ untuk runtuhkan pukat UMNO ni, PAS sahaja yang mampu ‘challenge’ dengan UMNO,”kata beliau.

Tegasnya, PAS punya organisasi di mana sahaja Umno, PAS wujud situ PAS ada.

“Kat mana kampung UMNO ada , PAS ada. (Tan Sri) Muhyiddin pun kagum, kehebatan kita,ni bukan kita dapat RM90 juta, kita buat dah kali keempat.

“tak timbul RM90 juta kita boleh buat, pengorbanan ahli RM10, RM20, RM30” jelas beliau lagi.