Kedudukan Kewangan Kerajaan Negeri Terengganu Dalam ‘Bahaya’

2104

KUALA TERENGGANU – Kedudukan kewangan kerajaan negeri Terengganu berada dalam keadaan ‘bahaya’ sekiranya harga petroleum dunia terus menjunam jatuh.

Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Terengganu Dr. Alias Abdul Razak berkata, kerajaan negeri yang terus bergantung kepada hanya royalty minyak dan gas sebagai sumber pendapatan akan terjejas apabila Petronas menghentikan pengeluaran kerana kos yang tinggi.

“kerana harga (minyak) dunia semakin jatuh dan dijangkakan boleh jatuh sehingga USD20 satu tong, mungkin Petronas akan menghentikan pengeluaran kerana rugi,

“bila jatuh sehingga harga tersebut menyebabkan kos pengeluaran melebihi harga jualan (Petronas) akan rugi jadi ini akan menjejaskan ‘teruk’ kerajaan negeri,”jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan isu-isu berkaitan bajet 2016 kerajaan negeri Terengganu dalam satu majlis penerangan di sini pada Rabu 23 Disember.

IMG_20151225_052415ADUN Bukit Tunggal itu menambah, kerajaan Umno dan Barisan Nasional Terengganu masih bergantung kepada ‘Dana Khas’ nama lain bagi hasil royalty minyak Terengganu mencecah RM1.78 bilion untuk bajeyt tahun hadapan.
Katanya ia melebihi 90 peratus jangkaan hasil pendapatan negeri Terengganu sebagaimana bajet yang dibentangkan oleh Menteri Besar Dato’ Seri Razif Abdul Rahman dalam Sidang Dewan Undnagan Negeri (DUN) pada 30 November lalu.

“sumber selain dariapada (hasil) Petroleum hanyalah 11.87 peratus atau pun RM239 juta……..tenat sebenarnya kerajaan Terengganu sekarang ini,

“semasa PAS memerintah kerajaan Terengganu pada tahun 1999 – 2004, Umno menuduh PAS tidak pandai memerintah, (tetapi) kerajaan negeri (masa itu) masih boleh mencari hasil sehingga hampir RM400 juta, walaupun royalti Petroleum telah dipotong (disekat),”tegasnya.

Menyentuh isu kerjasama dengan Umno, katanya umumnya ada dua sahaja parti utama yang menjadi pilihan orang-orang Melayu samada PAS atau Umno.

Justeru beliau mengajak ahli-ahli dan penyokong Umno untuk menyertai PAS kerana katanya, PAS pernah bersama Umno dalam Barisan Nasional sebelum ini.

“setelah PAS tidak bersama DAP……..trend pengundi Melayu sekarang mahu meninggalkan Umno kerana Umno sarat dengan penyakit…..…jadi kita kena cegah penyakit ini (tinggalkan Umno),

“jadi kita berbaik dengan ahli dan penyokong Umno bawahan kerana penyakit dibuat oleh pemimpin atasan,”ujarnya lagi.