Kecewa Dengan Umno; 50 Anak Muda Masuk PAS

6752

RAUB – 50 orang anak muda Kampung Sungai Chalik dekat sini menyerahkan borang keahlian PAS semasa ceramah Isu Felda, di Lembah Klau pada malam ini kepada Timbalan Presiden, Ustaz Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man.

firdausMewakili mereka, Mohd Firdaus Alias, 30, (gambar kiri) berkata, beliau dan rakan-rakannya telah hilang kepercayaan kepada Umno khususnya kepada wakil rakyat DUN Dong, Dato’ Sri Hj Shahiruddin Ab. Moin.

“Saya masuk PAS kerana tanah orang tua kami tidak selesai…..YB ADUN Dong tidak serius menyelesaikan isu kami, jadi kami kecewa dan bertekad untuk meninggalkan Umno,”ujarnya.

Beliau melahirkan rasa kecewa kerana tanah tersebut yang diserahkan kepada Lembaga Kemajuan Perusahaan Pertanian (LKPP) sebaliknya mahu dimajukan oleh pihak lain.

“Kami nak tanah ini terus diurus LKPP bukanya memberi kepada ‘taukey’ besar,” tegas beliau yang sebelum ini difahamkan adalah ‘orang kuat’ Pemuda Umno.

sg calik masuk pas1Apa yang menyedihkan, kata beliau, ADUN Dong yang juga Pengerusi Jawatankuasa Koperasi, Keusahawanan dan Kepenggunaan Pahang telah ‘memperlekehkan’ perjuangan beliau dan rakan-rakanya ke atas tanah itu.

Beliau berkata ADUN Dong tersebut hanya  ‘gelak’ (perlekehkan) perjuangan kami, menunjukkan beliau tidak prihatin kepada perjuangan kami, apabila dimaklumkan tentang masalah tersebut.

Oleh itu, katanya,beliau dan rakan-rakannya telah melantik peguam bagi mengendalikan kes itu.

Turut sama dalam dalam pprogram Ceramah Isu Semasa dan RUU355 di Felda Lembah Klau itu ialah  Pengerusi Hal Ehwal Felda PAS Pusat, Naraza Muda.