Kecam Kezaliman Yang menimpa Rakyat Palestin

62

Oleh : Rohayati Ripin

KUALA TERENGGANU – Dewan Muslimat PAS negeri Terengganu (DMPNT) menyeru warga rakyat negeri ini untuk bersama-sama menunjukkan kebersamaan dan kemanusiaan serta mengecam kezaliman yang menimpa rakyat Palestin.

Timbalannya, YM Ustazah Tuan Roslina Tuan Sulaiman berkata, isu kemanusiaan di Palestin tidak seharusnya dilihat dari aspek perjuangan semata-mata.

Namun katanya, harus dilihat daripada konteks kemanusiaan sejagat.

“Dewan Muslimat sentiasa mengikui perkembangan di Palestin dan kita sangat sedih di atas apa yang berlaku.

“Di peringkat Dewan Muslimat menunjukkan kebersamaan kita dengan Palestin memberi segala apa yang boleh berikan buat masa ini kepada termasuk beri sumbangan kutipan derma untuk dihantar ke sana,” jelasnya.

Beliau yang juga Ketua Dewan Muslimat PAS kawasan Kuala Nerus berkata demikian ketika dihubungi pada hari ini.

Justeru itu, sebagai tanda solidariti dan kebersamaan, marilah bersama-samalah menyalurkan bantuan dalam meringankan penderitaan rakyat Palestin.

“Selain daripada itu, kita menyeru untuk solat hajat dan munajat dalam lima waktu solat dan juga turut mengarah muslimat mengadakan bacaan yaasin serta mengumpul semua jentera muslimat yang ada semua sekali untuk kita menyatakan solidariti kita bersama Palestin.

“Insya Allah kita menyatakan Palestin sentiasa di hati kita,” ujar beliau.