Oleh : Rusni Hassan
KUALA NERUS – PAS akan mengutamakan kebajikan rakyat jika diberi mandat untuk memerintah negeri Terengganu pada Pilihanraya Umum (PRU) ke 14 nanti.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teluk Pasu, Yang Berhormat Ustaz Ridzuan Hashim berkata, sebagaimana yang pernah kita (PAS) lakukan masa memerintah negeri ‘Batu Bersurat’ ini pada PRU ke 10 yang lalu, pelbagai program kebajikan untuk rakyat kita buat.
“Antara kebajikan yang kita buat seperti menaik taraf jumlah bantuan bulanan kepada keluarga fakir miskin dan menghapuskan cukai pintu kediaman serta menghapuskan tol yang cukup membebankan rakyat,
“Kerana kita (PAS) meletakkan asas pemerintahan yang berpandukan Islam,


Beliau berkata demikian semasa berucap dalam Majlis Iftar YB Dato Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri Bersama 100 Anak Yatim anjuran Pusat Khidmat Parlimen Kuala Nerus di pejabat Pusat Khidmat Masyarakat Dun Teluk Pasu.
“PAS tidak mahu negeri kaya tetapi rakyat miskin macam di Terengganu kita sekarang,
“Duit banyak tapi rakyat terus dibelenggu kemiskinan”, kata beliau.


“Baru-baru ini kerajaan hendak mengenakan cukai GST terhadap 60 jenis barangan makanan,
“Ini menunjukan perbendaharaan negara tidak berfikir panjang (dalam menentukan polisi percukaian) kesan yang terpaksa ditanggung oleh rakyat”, jelas Ustaz Ridzuan.
Turut hadir pada majlis iftar tersebut Ahli Parlimen Kuala Nerus, Yang Berhormat Dato Dr Ustaz Mohd Khairuddin Aman Razali dan isteri, Ketua Muslimat Dun Teluk Pasu, Tuan Roslina Tuan Sulaiman, Setiusaha MTD Teluk Pasu, Jusoh Ngah serta Pegawai Khas Ahli Parlimen Kuala Nerus, Ustaz Abdul Hadi Harun.




























