Kebajikan PAS Tidak Tunggu Bendera Putih

181

Jentera PAS diminta gandakan usaha untuk mencari mereka yang memerlukan bantuan terutama musim covid. Memang ini program rutin yang PAS buat melalui program ziarah pintu ke pintu.

2.Jentera PAS bergerak memberi bantuan tidak menanti bendera putih, baru bantuan sampai. Kerana
Ia merupakan aktiviti wajib PAS di bawah Lajnah Kebajikan jika kawasan yang tidak ada Wakil Rakyat. Kalau ada wakil rakyat tugas ini melalui Pusat Khidmat Wakil Rakyat.

3.Senarai penerima setiap kampung yang ada kepada kita adalah lengkap, tanpa mengira bangsa agama dan parti. Asal miskin kita bagi. Inilah amalan yang kita buat selama ini.

4.Senarai ini diperolehi daripada ketua cawangan PAS di setiap kampung. Mereka kenal siapa yang perlu dibantu.

5.Boleh tengok di dalam FB wakil rakyat PAS sebagai “report card” yang turun berjumpa rakyat sepanjang masa dan menjadi rutin wakil rakyat.

6.Kalau dulu kita tidak ada peruntukan pun, YB PAS boleh bantu rakyat, lebih-lebih lagi sekarang ada peruntukan maka semakin rancak.

7.Saya selalu gunakan istilah tugas wakil rakyat PAS mesti memenuhi KBSM (kahwin, bersalin, sakit, mati).

8.Hendak bagi tahu, YB PAS tidak perlu bendera putih baru hendak jumpa rakyat. Bantuan kami bukan bermusim dan bukan hendak berpolitik. Bantuan kami adalah satu kewajipan.

Ustaz Idris Hj Ahmad
Naib Presiden PAS
29/6/21