Oleh: Dr Azman Ibrahim
“Kena pergi jumpa JKKK untuk ambil borang, lepas tu kena pergi pula Pejabat Kebajikan Masyarakat untuk dapatkan pengesahan nama, kemudian kena balik semula untuk dapatkan tandatangan JKKK akhir sekali kena pergi beratur di padang dari pagi sampai petang, ada yang dapat barang tetapi ada yang cuma dapat bouncher yang memaklumkan barangan akan diberi bulan April nanti.”
![IMG-20140112-WA0072[1]](https://buletinonline.net/v7/wp-content/uploads/2014/01/IMG-20140112-WA00721-300x300.jpg)
![IMG-20140112-WA0072[1]](https://buletinonline.net/v7/wp-content/uploads/2014/01/IMG-20140112-WA00721-300x300.jpg)
Setelah agak lama banjir surut dan mangsa pun dah lama pulang ke rumah, bantuan ini akhirnya sampai. Pastinya setiap bantuan diterima dengan ucapan terima kasih walaupun mereka yang nak mendapatkannya perlu bermandi peluh ke sana ke mari serta kena tahan telinga mendengar bebelan JKKK dan seterusnya ucapan dari pengasas 1 Malaysia.
Yang dapat akan balik ke rumah dengan senyum, yang cuma dapat boucher balik ke rumah dengan hati yang kesal.
Antara ciri kebajikan adalah memberi ketika penerimanya berada dalam situasi yang sangat-sangat memerlukan dan mempermudahkan urusan mereka sehabis daya yang mungkin kerana mereka adalah insan yang tak bernasib baik serta sedang dilanda musibah. Menyusahkan mereka dalam berurusan ibarat menambah batu kepada beban yang telah sedia digalas.


Mangsa banjir pula sebahagian besar mereka berada dalam situasi ‘total lost’ dan sangat-sangat memerlukan keperluan asas untuk meneruskan kehidupan. Syabas dan tahniah kepada jentera bantuan banjir PAS yang dari awal lagi telah mengagihkan periuk nasi elektrik (rice cooker) di samping barangan makanan kepada mangsa-mangsa yang terlibat secara agihan terus rumah ke rumah tanpa mangsa banjir perlu ke sana ke mari bagi mendapatkan pengesahan itu dan ini yang sangat menjengkelkan. Mangsa banjir pula bukannya tak dikenali kecuali kalau pemimpin Umno memang tak turun padang menyelami masalah rakyat, memang mereka tak akan kenal!


Bantuan itu pula hak siapa? Kalau hak Umno, kenapa libatkan JKM? Kalau hak kerajaan, kenapa ada logo penimbang dan keris? Jangan lembu punya susu, sapi punya nama!
***Dr Azman Ibrahim adalah Pengerusi Lujnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Terengganu



























