Keadilan Untuk Semua; Bagaimana Menterjemahkannya

1011


“Pesanan dan nasihat yang diberikan oleh Presiden PAS kepada Dewan-dewan termasuk Dewan Himpunan Penyokong PAS memberikan arahtuju yang jelas, peranan dan cabaran yang akan dihadapi,”ujarnya ketika ditemui.
Beliau amat tertarik apabila Presiden PAS memberi penekanan bahawa PAS mesti difahami secara sungguh-sungguh.

Katanya, mesej PAS mengenai Islam dan Keadilan dan apa itu Islam mesti disampaikan kepada seluruh rakyat, khususnya kepada orang-orang Melayu yang telah banyak ditanam dengan pemikiran secular.

Beliau berkata, TERAS melihat mesej atau slogan Islam membawa ‘Keadilan Untuk Semua’ sangat penting dan bertepatan.

“Persoalan sekarang ini, bagaiman kita hendak menterjemahkan Islam dan keadilan yang dibawakan oleh Islam itu dalam bentuk program yang dapat dirasi betul-betul,”

“kerana kita ada kekangan sekarang, kerana keadilan Islam tidak dapat dilihat kerana sistem Kehakiman kita masih diganggu oleh apa yang dilakukan Barisan Nasional,”jelasnya.

Oleh itu, katanya, ia mesti diusahakan dinegeri-negeri yang diperintah oleh PAS dan Pakatan Rakyat terutatamanya di Kedah dan di negeri Selangor.

“Tunjukkan sungguh-sungguh dalam keadilan sosial, dalam keadilan ekonomi, keadilan dalam konteks bersuara, masyarakat sivil dapat bersuara, itu mesti diterjemahkan (dinegeri-negeri tersebut,”ujarnya.

Menurutnya, keadilan Islam melalui sistem kehakiman tidak dapat ditunjukkan melainkan PAS dapat menawan kerajaan Persekutuan.

Justeru, keadilan dalam bentuk pendidikan, kebajikan dan kesejahteraan dalam sudut ekonomi dapat dilaksanakan dan mesti dirasai oleh seluruh rakyat.

“Sudah ada sedikit skim-skim yang diperkenalkan oleh PAS dalam negeri-negeri yang dikuasainya, tapi saya kira masih ada (ruang) yang lebih luas untuk pembaikan-pembaikan contohnya soal perumahan, soal tanah, orang yang terpinggir dari nikmat pembangunan,

“untuk rakyat merasai keadilan sebenar yang dibawa oleh Islam itu,”tambahnya

http://www.youtube.com/watch?v=PzrlwqmrPEE