Keadaan Menimpa Rohingya Adalah ‘Real’

1452

Oleh : Khairul Nizam Abdullah

KUALA TERENGGANU – Umat Islam digesa agar lebih sedar dan memahami bahawa gambaran keadaan pelarian Rohingya yang sedang dipaparkan dalam media di Bangladesh sekarang, adalah ‘real’ dan benar.

Timbalan Pengerusi Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI) Terengganu, Haji Sazali Mohd Noor berkata, masyarakat di luar sana haruslah sedar, bahawa Rohingya yang sedang ditindas adalah satu bangsa manusia beragama Islam.

“Ia sangat penting kerana mungkin ada diantara kita yang mengambil sikap tidak endah dan hanya menjadi pemerhati sahaja dalam isu atau krisis yang melanda, khususnya apa yang berlaku kepada Rohingya sekarang ini,

“Banyak krisis yang berlaku kepada umat Islam dimerata ceruk rantau dunia sekarang ini, namun krisis pelarian Rohingya ini adalah satu keadaan yang luar biasa, “ jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemubual di Studio Harap TV, Khamis 19 Oktober, selepas beliau bersama tiga lagi anggota KAMI pulang daripada membuat liputan Misi Kemanusiaan PASRelief Kali Kedua membatu pelarian Rohingya pada 9hb hingga 12hb Oktober, mingg lalu.

Menurutnya, sejak 25 Ogos lalu, lebih 500,000 Rohingya lari menyelamatkan diri dan masuk ke Bangladesh secara berterusan dan pada setiap bulan sejumlah 100,000 keluar dari Myanmar.

“Ada pelarian yang datang ke Bangladesh atau ke mana-mana tempat tujuan di dunia ini, mereka membawa duka dan cerita yang sama,

“Ada balu menggendong anak kecil yang kematian bapa, suami lari tanpa isteri yang hilang nyawa, anak-anak tanpa sepatu tidak berbaju habis kekeringan airmata, diburu umpama haiwan rejim Myanmar durjana,” jelas beliau sedih.

Selain itu katanya, para pelarian tersebut yang sebelumnya telah merasai ‘hidup sengsara’ hidup di negeri Rakhine umpama duduk dalam penjara.

Setiap pergerakan mereka, kata beliau, diperhatikan dan maut mengintai mereka selama 24 jam.

“Jika sedikit sahaja berlaku pergeseran, mereka terus dibunuh, disembelih, dibakar hidup-hidup, diseksa,dan dirogol,

“Rohingya juga sering digambarkan sebagai ‘minoriti paling tertindas di dunia’ dan ia disahkan oleh PBB bahawa berbanding mana-mana bangsa di dunia ini, Rohingya yang paling teruk menerima tekanan kehidupan,

“Pelarian ini adalah kumpulan etnik, majoritinya adalah Muslim yang telah hidup selama berabad-abad dalam majoriti Buddha Myanmar,” tegas beliau.

Justeru itu beliau menyegur agar orang ramai dapat membreikan sumbangan, walaupun sedikit, bagi membantu mereka yang sedang dizalimi.

“rakyat Terengganu juga turut boleh menyumbang melalui Tabung Kemanusiaan Rohingya anjuran PASRelief Terengganu dan sumbangan tersebut atas nama DANA TAAWUN DPPNT MAYBANK ISLAMIC , NO AKAUN : 5630 6411 3873,

“Delegasi PAS Relief Terengganu in shaa Allah akan berangkat ke Bangladesh pada 12hb November dan berada disana sehingga 17hb untuk menyantuni warga Rohingya di kem-kem pelarian di Cox’s Bazar,”” kata beliau.