

KUALA TERENGGANU – Kerajaan negeri Terengganu dan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) diminta memberikan penjelasan secara telus dan membuat satu pemberitahuan awam kepada orang ramai berkaitan Dana Pembinaan Masjid Kampung Gemuroh.
Timbalan Ketua Dewan Ulamak PAS Terengganu Ustaz Abu Bakar Abdullah berkata satu akaun Dana Pembinaan Masjid telah dibuka pada tahun 2001 dibawah Maidam.
Menurutnya, akaun Dana tersebut masih berbaki selepas dibelanjakan untuk pembinaan awal masjid tersebut, khususnya kutipan dari orang ramai yang berbentuk wakaf.
”Tabungan (dana) yang telah kita gunakan (untuk pembinaan) masa iu lebih kurang RM400,000, kemudian masih (ber)baki lagilah, duit yang disimpan di Maidam,
”termasuk duit yang diwakafkan untuk pembinaan masjid (Kampung Gemuroh),”katanya ketika ditemui.
Beliau selaku Exco kerajaan negeri ketika itu berkata, dana cadangan untuk membina atap masjid tersebut hasil sumbangan derma dari orang ramai telah cukup dan masih disimpan di Maidam ketika itu.
Oleh itu beliau meminta penjelasan, apakah pembinaan bagi menyiapkan masjid tersebut menggunakan dana tersebut atau menggunakan sumber lain.
”Saya tak pasti (apabila pembinaan diteruskan) apakah dikeluarkan duit dari tabung (dana) itu, ataupun duit tersebut masih disimpan (sekiranya dana lain digunakan untuk pembinaan),
”yang kita tahunya, peruntukan (kos pembinaan) telah ditambah sehingga (bernilai) RM1.8juta,”jelasnya.
Oleh itu, menurutnya, kos sebenar pembinaan Masjid Kampung Gemuroh adalah RM2.2juta, sedang kos yang dicadangkan semasa kerajaan PAS dahulu hanya RM1.5juta.
Namun persoalannya, kata beliau, sekiranya kos keseluruhan masjid adalah sebagaimana yang di tender oleh kerajaan sebanyak RM1.8juta, kemanakah RM400,000 yang telah dibelanjakan sebelumnya
”Dulu dalam masa kita buat perancangan dulu, kos dia (masjid) RM1.5 juta, saya dapat maklumat kerajaan memperuntukkan RM1l8 juta,
”samada RM1.8 juta itu jumlah yang baru, ataupun dikira dengan jumlah yang dulu, ditambah pula,”ujarnya
Oleh yang demikian, beliau menuntut kerajaan negeri menjelaskan kemanakah perginya wang yang telah dibelanjakan sebanyak RM400, 000.
Justeru, supaya perkara tersebut lebih telus, beliau mencadangkan supaya dibuat siasatan terhadap perkara yang tidak jelas tersebut.
”Perlu dibuat satu siasatan balik (semula) dn dibentangkan lepada umum,”saran Ustaz Abu Bakar.
.
Selain itu, beliau harap pihak kerajaan dan Maidam dapat membentangkan berapa banyakkah sumbangan wakaf yang telah diterima dari orang ramai khusus untuk pembinaan Masjid Gemuroh.
Menurutnya, ia adalah penting kerana sumbangan wakaf tersebut tidak boleh digunakan untuk tujuan lain, kecuali digunakan membina masjid Kampung Gemuroh sahaja.
”Duit itu tidak boleh digunakan untuk yang lain, memang di wakafkan untuk Masjid Kampung Gemuroh,”tegasnya.
http://www.youtube.com/watch?v=91tqIBe0sPc




























