Terengganu, Malaysia

Unisza Dilanda Banjir; PAS Seru Unit Bantuan Tingkat Kesiapsiagaan

Unisza Dilanda Banjir; PAS Seru Unit Bantuan Tingkat Kesiapsiagaan

KUALA TERENGGANU – Kawasan kampus Universiti Sultan Zainal Abidin dan Universiti Malaysia Terengganu di Gong Badak dekat sini  ditenggelami air kira-kira sedalam 1 kaki.

IMG-20141117-WA0053Ia berlaku berikutan taburan hujan lebat dikesan di kawasan sebelah pantai di daerah Besut, Setiu, Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman sejak malam semalam.

Menurut Pemangku Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN) Terengganu Roslina Ngah kawasan rendah di seluruh negeri ini berisiko dilanda banjir jika hujan lebat dan sederhana di kebanyakan tempat masih berterusan.

“Paras air di sungai-sungai utama seluruh negeri masih mencatat paras normal manakala angin kencang dan laut bergelora dijangka membawa angin dengan kelajuan 40 hingga 50 kilometer sejam dengan ketinggian ombak 3.5 meter.

“Ribut petir di perairan Terengganu dijangka berterusan dan kawasan pantai terdedah dengan kenaikan air paras laut,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan.

IMG-20141117-WA0041Sehubungan itu, Pengarah Jawatankuasa Operasi Banjir PAS Terengganu Dr Azman Ibrahim meminta semua unit bantuan dibawah jawatankuasa tersebut meningkatkan kesiapsiagaan dan bertindak sebaik mendapat aduan dari orang ramai.

Beliau berkata, setakat jam 12:40 tengah hari, Laporan dari anggota Unit Amal yang telah bersedia untuk sebarang kemungkinan di lapangan melaporkan, Jalan Utama Wakaf Tengah ditenggelami air tetapi masih boleh dilalui semua jenis kenderaan.

“Antara kawasan perumahan yang terlibat ialah sekitar kawasan perumahan di belakang Sekolah Mengabang Telipot yang belum dapat dimasuki oleh anggota Unit Amal bertugas kerana hubungan jalan terputus akibat ditenggelami air.

“Juga di kawasan sekitar kampung Pak Tuyu dan Kampung Tengku Jaafar serta beberapa buah rumah berhampiran jalan menghala ke Lapangan Terbang Sultan Mahmud di mana terdapatnya rumah yang mula dinaiki air tetapi masih belum berlaku perpindahan,”katanya

IMG-20141114-WA0065Justeru beliau berharap semua pihak, unit-unit bantuan PAS dari Unit Amal, Kelab 4 x 4, Papisma, Yayasan Amal, Ameerah, Skuad Khidmat dan Terengganu Adventure Group (TAG ) meningkatkan kesiapsiagaan dan sentiasa dalam keadaan bersedia untuk digerakkan ke medan pada bila-bila masa.

IMG-20141117-WA0059Beliau turut merayu kepada orang ramai untuk menyalurkan sumbangan kewangan dan lain-lain keperluan bagi meningkatkan persiapan menghadapi bencana yang lebih besar.

Katanya, semua sumbangan kewangan boleh disalurkan kepada Dana Banjir Negeri Terengganu melalui Dana Kebajikan No. Akaun 13010000056101 Bank CIMB.

Sebarang pertanyaan boleh dibuat dengan menghubungi beliau sendiri di talian 019 942 1964 atau menghubungi Bendahari Haji Zulkifli Md Yakim di talian 019 983 4436.

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan