Kaum Tionghua Tidak ‘Sabar-sabar’ Untuk Tolak Umno-BN

1279

KEMAMAN – Perpaduan nasional adalah simbol keutuhan negara, sekaligus menunjukan rakyat berbilang kaum, budaya dan agama boleh bersatu demi negara tercinta.

IMG-20150907-WA0059Timbalan Pengerusi Lujnah Perpaduan Nasional PAS Pusat, YB Haji Hanafiah Mat berkata isu perkauman sempit yang selalu dimainkan oleh Umno akan menghancurkan negara.

Oleh kerana itu, kata beliau, kaum Tionghua khususnya, tidak sabar-sabar lagi untuk menjatuhkan Umno dan MCA dalam pilihan raya umum kali ke-14 (PRU-14) akan datang.

“apatah lagi dalam keadaan krisis mata wang Malaysia yang jatuh teruk………..rakyat pula dibelenggu dengan GST yang menyebabkan kuasa beli jatuh merudum,

“Hampir semua kaum Tiomghua yang saya lawati sangat teruja, tanpa segan silu mahu menjatuhkan Umno-BN,”ujarnya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chukai itu berkata demikian selepas beliau menziarahi kaum Tionghua di sekitar bandar Chukai, sempena sambutan perayaan kuih bulan pada semalam, Isnin 7 September.

IMG-20150907-WA0055Turut bersama rombongan ialah beberapa orang Ahli Jawatankuasa Lujnah Perpaduan Nasional PAS Kawasan Kemaman dan Pegawai Operasi Pejabat ADUN Chukai Mohd Faizal Yunus.

Kunjungan Hanafiah Mat yang juga Penolong Setiausaha PAS negeri Terengganu yang turut mengedarkan ‘Kuih Bulan’ itu mendapat sambutan yang hangat.

“orang Tionghua amat sensitif dengan isu semasa, terutamanya isu yang melibatkan ekonomi dan perniagaan, memang soal GST adalah soal asas mereka,

“dan isu 1MDB yang tidak dapat dijawab dengan tepat menimbulkan keraguan dan persepsi buruk kepada Umno……..mereka menganggap Perdana Menteri dan isterinya menjadi ‘kata raya’ dengan isu 1MDB,”tambah Hanafiah.

IMG-20150907-WA0058Justeru itu, walau pun ‘digembar gemburkan’ kaum Tionghua tidak lagi menyokong PAS, namun ia adalah sebaliknya.

Bahkan, beliau yakin akan mengekalkan sokongan mereka dan PAS akan dapat mempertahankan kerusi DUN Chukai pada pilihan raya akan datang.

“kerana GST dan 1MDB…………kata mereka, Najib dan Rosmah ‘kaya raya’…………saya yakin kaum Tionghua Kemaman akan tetap bersama dengan PAS pada PRU-14,

“dan in sha Allah, PAS akan mengekalkan kerusi Chukai bahkan akan memenangi negeri Terenggganu dengan kerja kuat dari semua pihak,”katanya yakin.

Haji Hanafiah menghabiskan masa pada pagi semalam, menziarahi hampir ke seluruh kedai di dalam bandar Chukai termasuk di Pasar Borong Dusun Nyior.

Belaiau disambut dengan perasaan gembira dan ada yang berpelukan dengan beliau manakala sebahagiannya mengambil peluang ini untuk bergambar, berbangga dengan ‘Yang Berhormat Wakil Rakyat’ mereka.