Kaum Tionghua Chukai ‘Tidak Terpalit’ Dengan Isu Perkauman

3133

KEMAMAN – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chukai mengucapkan tahniah dan syabas kepada guru besar dan guru-guru Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chukai yang telah berjaya menganjurkan Karnival bagi mengutip dana.

YB Haji Hanafiah Mat berkata, usaha unik yang dibuat oleh komuniti Tionghua itu telah berjaya mengumpulkan kewangan sebanyak RM 330,000.

Hanafiah Karnival SJKC1“Karnnival SJKC Chukai diadakan pada hari bermula 8 pagi hingga 12 malam, ianya dianjurkan oleh pihak sekolah bagi mengutip dana pendidikan.

“ia cukup unik kerana ibu bapa boleh mengunjunggi 20 tempat permainan seperti baling bola dalam jaring, rumah hantu, pertandingan ratu cantik kanak-kanak dan lain-lain,

“20 buah gerai makanan disediakan dengan pertukaran kupon berharga RM5.00 telah menarik lebih 5,000 ibu bapa dan orang ramai hadir…….syabas dan tahniah,”ujar beliau.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas bersama-sama memeriahkan Karnival itu pada Jumaat 9 Oktober.

Katanya, beliau tidak merasa janggal bahkan merasa sangat sukacita dengan sambutan yang diterima begitu baik oleh para ibu bapa dan guru-guru.

Hanafiah Karnival SJKC2“sambutan amat menggalakan dan ibu bapa serta guru-guru cukup ceria menerima kehadiran saya dan saya juga mengambil peluang menyampaikan derma peribadi,”tambahnya.

Hanafiah yang juga Penolong Setiausaha PAS Terengganu berkata, sikap terbuka pihak sekolah dan penerimaan baik dari kaum Tionghua membuktikan bahawa mereka tidak ‘terpalit’ dengan isu perkauman yang dimainkan oleh sesetengah pihak.

“ia juga menunjukkan dakwaan pihak tertentu bahawa orang Cina menjarakkan diri dengan PAS adalah tidak benar sama sekali,

“Bahkan mereka beramah mesra dan bagi pihak saya dapat mempereratkan hubungan diantara wakil rakyat dengan mereka yang juga adalah pengundi saya,”jelasnya.