Terengganu, Malaysia

Karut, Kalau Percaya ‘Takkan Melayu Hilang Di Dunia’

Karut, Kalau Percaya ‘Takkan Melayu Hilang Di Dunia’

MARANG – Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, setiap manusa akan menemui ajal dan akan dimatikan oleh Allah, apabila sampainya ajal masing-masing.

Bahkan tegasnya, setiap umat atau bangsa ada ajalnya, termasuk bangsa Melayu, sebagaimana kaum Ad dan Tsamud, dan lain-lain yang pernah hidup diatas dunia ini.

IMG-20160212-WA0017“Orang Melayu juga akan mati, binasa apabila tiba waktu ditentukan oleh Allah………..karut sahaja kalau ada yang kata,

“ada yang percaya ‘takkan Melayu hilang di dunia,”jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan Kuliah Jumaat Migguannya di masjid Rusila di sini, hari ini.

Naib Pengerusi Kesatuan Ulamak Sedunia itu berkata demikian ketika membincangkan ktab tauhid, Beriman Kepada Hari Akhirat yang mengupas soal hidup dan mati serta baik dan buruk kehidupan manusia di atas muka bumi.

Katanya dunia ini adalah tempat persinggahan sahaja dan tiada yang kekal termasuk sebaik-baik manusia, iaitu Rasulullah SAW.

“Rasul-rasul yang disayangi oleh Allah dimatikan oleh Allah, termasuk yang jahat, Firaun yang jahat pun dimatikan oleh Allah,”tegasnya

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan