Karnival PAS 5.0, Kereta Proton Menanti Yang Bertuah

338

Oleh: Afiq Fahmi

Karnival PAS 5.0, Kereta Proton Menanti Yang Bertuah

DUNGUN- Karnival PAS Kawasan Dungun 5.0 bakal menemui pengunjung khamis ini dan sebuah kereta Proton Saga menanti yang bertuah pada malam akhir program tersebut.

Yang Dipertua PAS Dungun, Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli berkata selain hadiah utama itu, juga hadiah – hadiah menarik seperti motosikal, barangan elektrik dan banyak lagi.

“Program yang bertempat di Dewan Arena Merdeka itu akan bermula 8 sehingga 11 Februari ini.”

“Agak menarik juga, kuliah dhuha khas yang disampaikan oleh Presiden PAS Tan Sri Dato Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang akan berlangsung pada pagi jumaat nanti.

Ahli Parlimen Dungun itu juga, berkata demikian ketika ditemui di pejabatnya di Bangunan PAS Kawasan Dungun di Pak Sabah dekat sini pada Selasa 6 Februari.

Beliau menjemput semua masyarakat setempat di Negeri Terengganu khususnya di kawasan Dungun untuk hadir memeriahkan karnival empat hari itu.

“Semua aktiviti dan acara yang menarik akan dipertandingkan sesuai kepada semua lapisan umur dengan pengisian yang menarik disediakan antaranya acara sukaneka, acara PASTI, acara muslimat dan lain – lain lagi.”

“Pada hari akhir karnival iaitu hari Ahad, bermula jam 11 pagi turut diadakan Jamuan Rakyat, diharap semua dapat hadir bagi menjamu selera, ” ujarnya.

Kemudian ada acara sampingan, tambahnya lagi, iaitu pertandingan Bolasepak pada malam 11 Februari yang melibatkan perasmian lampu limpah di Padang Arena Merdeka dengan diserikan perlawanan bolasepak .persahabatan.

” Dan pada 12 Februari, hari Isnin, ada Kejohanan Bolasepak bawah 17 tahun Parlimen Dungun yang dianjurkan oleh Persatuan Bolasepak Daerah Dungun.

“Karnival PAS Kawasan Dungun 5.0 ini juga, ada disediakan gerai-gerai jualan sebagai memeriahkan suasana, maka dijemput beramai – ramai untuk hadir berkunjung,” katanya lagi.