Karnival Harmoni Berjaya Kumpul Pelbagai Lapisan Masyarakat

174

Oleh :Liya Zaliya

KUALA NERUS, 12 Februari – Karnival Harmoni Kuala Nerus 2024 telah berjaya mengumpulkan pelbagai lapisan masyarakat di daerah tersebut yang terdiri masyarakat muslim, non-muslim dan muallaf.

Ketua Muslimat PAS Kuala Nerus, Tuan Roslina Tuan Sulaiman yang melahirkan rasa syukurnya kerana karnival tersebut telah berjaya mencapai objektifnya untuk menyampaikan ilmu dan maklumat tentang Islam yang sebenar kepada pengunjung.

“Dalam masa yang sama dapat mengeratkan ukhuwah semua golongan masyarakat melalui pelbagai acara yang telah disusun sepanjang tiga hari bermula 8 hingga 10 Februari.

” Di samping bakat-bakat yang ada dapat diasah untuk menjadi sumber pendapatan keluarga yang berkekalan, ” katanya.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi di rumahnya di sini pagi ini.

Karnival anjuran Lajnah Dakwah PAS Kuala Nerus itu telah diadakan di Dataran Pasar Malam Gong Badak.

Ketua Unit Acara Muslimat, Zaidah Awang berkata acara muslimat berjaya menarik perhatian golongan wanita setempat dengan penyertaan seramai 40 orang.

” Pertandingan Gubahan Bunga dan Masakan Ayam Masak Kurma antara acara yang dipertandingkan,

“Juara Gubahan Bunga telah dimenangi oleh Hasmah Abdul Razak bersama pasangannya, Shazrina Baharom dari DUN Tepoh,

“sementara itu, Juara Masakan dibolot oleh Nurul Izatul Shahira Mohd Sabri dari DUN Seberang Takir”, katanya yang juga Pengerusi Lajnah Dakwah, Muslimat PAS Kawasan Kuala Nerus

Hadiah-hadiah untuk yang bergelar juara telah disampaikan oleh Tuan Roslina Tuan Sulaiman.