Membuka tirai pada hari Khamis 22 September 2016, jam 9.30 malam ialah program bual bicara bersama Ustaz Azhar Idrus dan Ijam Medicine.
Sementara pagi Jumaat, 23 September 2016 akan diisi dengan acara sukan, langkah karnival, cabutan bertuah, sukaneka dan sumbangan kebajikan. Acara sukaneka dan persembahan silat akan bersambung pada petangnya.
Mengisi slot kuliah maghrib pada malamnya ialah Kiyai Dr Hj Ahmad Najib Afendi yang diundang khas dari Pesantren al Hikmah Jawa Tengah, Indonesia. Pak Kiyai yang berkelulusan dari Baghdad dan memiliki ijazah PhD dari Morocco adalah teman sepengajian Pengarah Dun Jabi sendiri.
Selepas solat isyak, acara Malam Kesenian Islam akan memeriahkan tapak karnival.
Nantikan penampilan Kumpulan Dikir dakwah, Xuar XPDC, Kumpulan Nasyid ar Rasy dan Kumpulan Sidrain.
Pagi Sabtu 24 September 2016 pula dikhususkan untuk acara muslimat dengan pelbagai acara menarik. Ahli Parlimen Rantau Panjang Kelantan, YB Hajah Siti Zailah Mohd Yusof akan menyampaikan ceramah motivasi.
Pengunjung juga berpeluang melakukan pemeriksaan kesihatan dengan pasukan doktor yang akan berada di tapak karnival sepanjang program.
Bagi yang berminat dengan perubatan Islam, perawat as Syifa’ juga akan menyumbangkan khidmat rawatan kepada anda.
Dalam masa yang sama, pengunjung berpeluang berbakti dalam kempen derma darah. Tabung Darah dari Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu akan berada di tapak karnival pada pagi Sabtu 24 September 2016. Bersama kita berbakti dengan menderma darah.
Akhir sekali pada malamnya, program ceramah penutup akan menutup tirai karnival. Ceramah ini menampilkan
YB Dato’ Nik Mohd Amar Abdullah, Timbalan Menteri Besar Kelantan, YB Ustaz Satiful Bahri Mamat, Pesuruhjaya PAS Terengganu dan Ustaz Dr Ridhuan Mohd Noor, AJK PAS Pusat.
Program ini terbuka dan semua lapisan masyarakat dijemput hadir.
Dr Azman Ibrahim
Pengarah
Majlis Tindakan Dun Jabi
30 Ogos 2016











