Karnival Dakwah Setiu Dapat Sambutan Luar Jangka

2000

Oleh DMS

SETIU – PAS Kawasan Setiu melalui Lajnah Dakwah, Kesenian dan Kebudayaan (LDDK) telah menganjurkan program Karnival Dakwah di Kampung Bahagia, Permaisuri selama dua hari pada 1hb dan 2hb April, dengan jayanya.

Dengan penonjolan politik matang dan sejahtera, program yang di adakan telah mendapat sambutan yang luar jangka daripada masyarakat sekitar.

IMG-20160403-WA0007Pelbagai aktiviti yang diadakan menjadi tumpuan oran ramai seperti malam kesenian Islam yang menampilkan selebriti Zuar bekas anggota kumpulan rock XPDC, selain pertunjukan silat, permainan gasing tradisional serta acara motosikal lambat muslimat.

Pengerusi LDDK PAS Pusat Dr. Riduan Mohd Nor berkata, ruang seni dan budaya dalam Islam amat luas.

“program dakwah perlu di perluaskan,pendekatan politik matang dan sejahtera kita hari ini kita masuk di semua sektor masyarakat.

“kita pecahkan tembok, kita teruskan berdakwah, Islam tidak sempit, ada ruang untuk kita berhibur, ruang seni dan budaya,”katanya ketika merasmikan program tersebut.

IMG-20160403-WA0005Beliau turut melancarkan kempen ‘3B Harakah’; Beli,Baca dan Beri, pada Sabtu 2 April yang turut di sertai oleh pimpinan PAS Kawasan Setiu.

Dr. Riduan turut mengingatkan semua aktiviti yang di lakukan hendaklah membawa kepada mengingati Allah walaupun berhibur yang bukan untuk membawa manusia kepada perbuatan yang sia-sia.

Sementara itu pengarah program Ustaz Zulbahri Abdul Rahman menjelaskan, meletakkan diri sebagai ‘kita pendakwah bukan penghukum’ adalah penting bagi semua pendokong parti dalam mempelbagaikan ruang dakwah bersama masyarakat.

“dengan penganjuran karnival ini kita berharap masyarakat memahami bahawa islam yang kita dokong mencakupi segala bidang termasuk kesenian dan kebudayaan serta dapat mengukuhkan jamaah dan usaha dakwah,” katanya.