Menurut penyeleras Gerakan Bebaskan Gaza (Free Gaza Movement) di Ireland, pejabat Koordinator Khusus PBB untuk Timur Tengah ( UNSCO ) berjanji akan mengedarkan bantuan kemanusiaan tersebut.
“Akhirnya, kargo sedang diproses untuk penghantaran minggu ini” kata Moloughney.
Menurutnya, bantuan kemanusiaan yang mengandungi peralatan yang dicegah oleh Israel memasuki Gaza sejak tiga tahun lalu, kini akan diagih-agihkan, walaupun tidak ada kepastian mengenainya.
Muatan MV Rachel Corrie, kapal kargo mengiringi Mavi Marmara termasuk 20 tan kertas, pen dan buku-buku sekolah dan universiti, lebih dari 50 tan ubat- ubatan, 550 tan simen untuk Al Shifa Hospital.
Oleh itu, Moloughney menyeru seluruh penduduk dunia supaya mendesak kerajaan masing-masing, bukan sahaja memberikan bantuan kemanusiaan, bahkan mendesak supaya Israel menamatkan sekatan
Untuk tujuan itu, menurutnya, pihak Gerakan Membebaskan Gaza (Free Gaza Movement) akan terus menghantar kapal demi kapal yang membawa keperluan rakyat Gaza, pada masa yang sama membawa pulang barangan yang boleh di ekspot dari Gaza.
Sehingga kini, Israel masih menyita kapal-kapal dari armada Freedom Flotilla termasuk Spirit of Humanity yang digerakkan oleh rakyat Malaysia.