Kapal Tangki Ditemui; Syukur dan Tingkatkan Keselamatan Perairan Negara

1436

Oleh : Nik Mohamad Abduh Bin Nik Abdul Aziz

Saya mengucapkan rasa syukur dan gembira di atas penemuan kapal tangki petrol bersama 22 anak kapal di perairan Kemboja semalam oleh Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM). Ia suatu berita yang melegakan hati rakyat Malaysia terutamanya keluarga mangsa yang terpaksa menyambut Ramadhan dalam suasana yang penuh hiba.

Screenshot (1422)Pujian seharusnya diberikan kepada pihak TLDM dan semua agensi dalam dan luar negara yang telah bertungkus lumus dalam usaha mencari kapal tangki yang dilaporkan hilang sejak Khamis yang lalu.

Usaha menyelamat pada mulanya agak sukar disebabkan lanun yang merampas kapal berkenaan bersenjatakan pistol dan parang. Namun, lanun-lanun berkenaan akhirnya dipercayai melarikan diri menggunakan bot penyelamat dan semua anak kapal ditemui berada dalam keadaan selamat.

Screenshot (1425)Saya mengharapkan penguatkuasaan keselamatan di perairan negara dipertingkatkan. Kes kehilangan kapal tangki ini merupakan pengajaran penting kepada Malaysia dan negara-negara serantau bahawa kedudukan perairan dalam linkungan Asean ini terdedah kepada ancaman aktiviti lanun.

Langkah penguatkuasaan yang proaktif perlu diambil supaya kejadian yang sama tidak berulang pada masa hadapan.

*** Penulis adalah Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas.