Kanak-kanak Korea Utara gigih berlatih hadapi ‘pertempuran’

749
http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita19/kanak-kanak%20korea%20training.jpg

Para pelajar dan guru di sana berkata mereka lebih bekerja keras sejak akhir-akhir ini untuk menyiapkan diri menghadapi satu pertempuran.

Di seluruh Korea Utara pula, sepanduk, slogan dan hasil seni lukis telah dilukis semula untuk menumpukan kepada usaha melawan “rakyat imperialis Amerika Syarikat dan pengikut mereka yang khianat”, satu rujukan yang ditujukan kepada Korea Selatan.

Slogan-slogan mengenai usaha meningkatkan pencapaian ekonomi Korea Utara memang sudah tersebar luas sejak 2009, tetapi propaganda anti-Amerika timbul semula sepanjang tahun lalu, khususnya menyusuli kecaman masyarakat antarabangsa yang dipimpin Amerika terhadap keputusan Korea Utara melancarkan roket jarak jauh dan menjalankan ujian senjata nuklear.

Di sekolah ketenteraan tersebut – di mana para pelajarnya menjalankan pembelajaran dan kerja harian mereka dengan menggunakan komputer tanpa sambungan Internet dan berlatih bahasa Inggeris dengan laungan “Marsyal Kim Jong-Un yang dihormati adalah bapa kami” – tugasan kelas disemai dengan konflik.

“Disebabkan suasana sekarang, saya akan cuba belajar dengan kuat kerana saya benar-benar fikir itulah caranya bagi saya membalas dendam terhadap imperialis Amerika: dengan mendapatkan markah tinggi dalam kelas,” kata seorang pelajar, Jo Chung Hyok, kepada agensi berita The Associated Press (AP).

“Ia tugas revolusi saya,” ujarnya. – AP.