Kampung Air Putih Tenggelam!

2837

KEMAMAN – Seluruh Kampung Air Putih dilaporkan sudah ditenggelami air banjir yang berlaku sangat luar biasa di daerah ini.

Pengarah Jawatankuasa Bertindak Banjir PAS Kemaman, Haji Zulkifli Mat Yakim mengesahkan perkara tersebut ketika dihubungi sebentar tadi.

Menurutnya, beliau bersama pasukannya akan cuba memasuki kawasan bencana itu dan melakukan apa yang terdaya bagi menyelamatkan mangsa yang terperangkap.

“Ya……semua sudah tenggelam, kita akan dakan taklimat pada jam 11 dan kemudia akan cuba masuk dengan bot,

“kita cuba bantu dan buat apa yang kita boleh buat, InsyaAllah,”ujarnya.

Sebelum itu, Ketua Cawangan PAS Air Putih, Ustaz Asri Yahya telah menghantar mesej memohon pertolongan dan doa dari orang ramai.

“MasyaAllah, banjir terlalu parah…… tidak pernah berlaku dalam sejarah. 100% Kampumg Air Putih ditengelami air.

“Sekarang ni hujan semakin lebat. air semakin naik. Tolong doakan keselamatn kami disini. Hanya Allah saja yang boleh myelamatkn kami disini,”ujarnya dalam teks mesej tersebut.

Menurutnya, semua jentera penyelamat menemui jalan buntu.

Pusat Pemindahan Banjir Berpindah

Dalam perkembangan yang sama Kampung Teladas yang terletak bersebelahan dengan Kampung Air turut mengahadapi situasi ‘cemas’ yang sama.

Satu pesanan ringkas yang disampaikan oleh rakan media Kemaman dari penduduk Kampung teladas memaklumkan, pusat pemindahan banjir di kampung tersebut juga terpaksa berpindah kerana telah dinaiki air.

“Kampung sebelah Air Putih, Kampung Teladas pun (parah) mangsa dekat pusat pemindahan banjir di balai raya (terpaksa) kena pindah ke surau pula sebab balai raya dinaiki air,

“Surau dah dikelilingi air, kalau air naik juga di surau tak tahu lah (ke mana)dia orang nak pindah pula,”menurut mesej itu.

Sementara itu, menurut portal E-Tindakan Banjir Negeri sehingga jam 8 malam ini, seramai 2819 orang telah dipindahkan berbanding 811 orang pada 3 petang Selasa 3 Disember dan hanya 20 mangsa pada Isnin.

Seramai 1842 orang tekah dipindahkan kepada 29 pusat pemindahan daripada 454 keluarga di daerah Kemaman, 396 orang dari 108 keluarga di Hulu Terengganu kepada lapan pusat pemindahan dan 581 orang dari 162 telah dipindah di daerah Dungun kepada 5 pusat pemindahan.