Terengganu, Malaysia

KAMI Turut Menyumbang, Membantu Mangsa Banjir Membina Semula Kehidupan

KAMI Turut Menyumbang, Membantu Mangsa Banjir Membina Semula Kehidupan

DUNGUN – Kumpulan Aktivis Media Independen Terengganu (KAMI) turut serta bersama seluruh rakyat Malaysia memberikan perhatian dan menyampaikan sumbangan kepada mangsa-mangsa banjir.

Sebanyak 90 dapur gas telah diagihkan diagihkan oleh sukarelawan KAMI kepada 10 buah kampung di dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau Abang dan Bukit Besi sejak beberapa hari yang lalu.

Bendaharinya, Nazmi Ghazali berkata, ia adalah satu inisiatif tanggungjawab sosial yang diusahakan oleh anggota KAMI.

“KAMI membuat kutipan dan mendapat sumbangan dari beberapa pihak…..Alhamdulillah, sebanyak 90 buah dapur gas telah diedarkan sejak 4hb Januari yang lalu,

“penerima dan kampung-kampung yang dipilih itu adalah terdiri dari kawasan yang tenggelam lebih 60 peratus seperti di kampung Kuala Jengal di DUN Bukit Besi dan Kampung Burung Baru di DUN Rantau Abang,”ujarnya ketika ditemui.

zul shawal dan rakanBeliau berkata demikian selepas mengiringi Ahli Dewan Undangan Negeri Rantau Abang, Cikgu Alias Harun menyampaikan sumbangan tersebut di Kampung Burung Baru, pada Rabu 7 Januari.

Sehubungan itu beliau menyeru semua pihak, khususnya para aktivis media, terus ‘bermurah hati’ menghulurkan bantuan bagi membina semula kehidupan mangsa banjir yang terjejas.

Katanya, ramai petugas media yang melihat sendiri dengan mata mereka kemusnahan kampung-kampung yang dilanda banjir dan kesusahan yang dihadapi bagi mengembalikan kehidupan sebagaimana sebelum ditimpa musibah itu.

“banyak rumah yang rosak, peralatan dan barangan yang musnah, bahkan ada yang kehilangan nayawa ditimpa musibah,

“oleh itu, pihak KAMI menyeru agar semua pihak terus memberi sumbangan terutama para petugas media yang menyaksikan sendiri dengan mata mereka,”jelasnya.

Beliau berkata, sebagai sebuah badan bukan kerajaan (NGO) KAMI bergerak dengan sumbangan ahli-ahli dan orang ramai bagi merealisasikan hasrat membawa berita yang ‘benar dan tepat’ kepada masyarakat.

Justeru itu, pihaknya akan mengadakan satu majlis makan malam bagi mengutip dana untuk merancakkan ‘dunia media’ khususnya di negeri Terengganu.

Katanya, makan malam tersebut akan diadakan pada 10 Februari 2015 di sebuah restoran dan orang ramai yang prihatin dirayu agar dapat ‘membeli meja‘ dambil menderma dan menikmati makan malam bersama tokoh-tokoh media dan tokoh politik tanah air.

Beliau menambah, sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Setiausaha KAMI, Khairul Azlam Mohamad melalui talian 019-9331688

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan