KAMI Berkampung Kuala Kangsar

1217

KUALA KANGSAR – Para petugas Kumpulan Aktivis Media Indepeden ( KAMI ) Terengganu, telah mula berkampung di Kuala Kangsar bagi membuat liputan pilihan raya kecil yang akan di adakan pada 18 Jun depan.

Menurut anggota kanannya, Naraza Muda, kumpulan pertama aktivis KAMI telah berada di bandar Diraja negeri Perak itu bermula semalam, 23hb Mei.

IMG-20160523-WA0071“KAMI akan turun secara berperingkat dari hari ini 23 Mei, sehingga tamat proses pengundian 18 Jun nanti,

“kita telah berbincang dengan Jawatankuasa Induk dan mereka bersetuju menetapkan Pusat Media PRK Kuala Kangsar di Markas Induk,”ujarnya ketika dihubungi.

Kataya, Pusat Media itu akan menjadi pusat sumber maklumat PAS bagi PRK Kuala Kangsar dan tempat tempat sidang media harian para pemimpin PAS.

PRK Parlimen Kuala Kangsar diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Wan Mohammad Khair-il Wan Ahmad dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lalu.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-13 yang lalu, Wan Mohammad Khair-il memenangi kerusi Parlimen Kuala Kangsar selepas menewaskan calon PAS dan Bebas. Hari pengundian Kawasan Piliharaya parlimen Kuala Kangsar, Perak ini akan diadakan serentak dengan Sungai Besar Selangor, pada 18 Jun ini, manakala hari penamaan calon pada 5 Jun.

IMG-20160523-WA0014Perkara itu diumumkan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah pada jumaat lepas.

Parlimen P-067 Kuala Kangsar mempunyai 33,237 pengundi sah dalam Pilihan raya umum ke13 dan mengandungi dua Dewan Undangan Negeri iaitu N-34 Bukit Chandan dan N-35 Manong.

Parlimen ini meliputi keluasan 581.6 km persegi dan mempunyai akses Lebuh raya Utara Selatan.

Sehubungan itu, KAMI akan menghantar 10 petugas media yang terdiri daripada wartawan , jurugambar dan juruvideo yang berpegalaman luas dalam kerja-kerja media piliharaya.

Menurut Pengerusi KAMI, Dr. Azman Ibrahim, petugas Media KAMI baru sahaja pulang dari tugasan Pilihanraya Negeri Sarawak baru-baru ini.

IMG-20160523-WA0012“Kurang dari sebulan selepas membuat liputan PRN Sarawak, kini Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI) Terengganu turun pula ke medan PRK Kuala Kangsar,

“Misi ini berterusan lagi tanpa istilah penat dan jemu.Bermula hari ini 23 Mei 2016 sehingga ke hari mengundi pada 18 Mei 2016, petugas media KAMI akan berkampung di Kuala Kangsar bagi menghadirkan kepada khalayak liputan ‘first hand info’ yang telus, adil dan bertanggungjawab,”ujarnya.

Beliau memberitahu pembaca boleh mendapat Info dan berita terkini PRK Kuala Kangsar boleh diikuti di laman www.buletinonline.net. dan dan laman rasmi PRK Kuala Kangsar.