Kabinet Najib dipertikai, Menteri Besar Terengganu tergugat

883

ekoran ‘ugutan bunuh’ yang diterima oleh tiga ADUN, Badul Halim Jusoh (Permaisuri),  Zakaria @ Mohd Ariffin Abdullah (Paka) dan Dato’ Rosol Wahid (Ajil).

SMS ‘ugutan bunuh’ ini didakwa berpunca dari desas desus atau khabar-khabar angin yang disebarkan dikalangan ahli-ahli politik Terengganu bahawa satu usul undi tidak percaya terhadap Menteri Besar akan dikemukakan dalam persidangan DUN kali ini.

http://www.buletinonline.net/http://buletinonline.net/v7/wp-content/uploads/2009/04/najibmadsaid.jpgKrisis kepemimpinan Menteri Besar Terengganu kali ini tercetus genap setahun selepas berlaku perebutan kuasa antara Idris Jusoh, Menteri Besar waktu itu (Mac, 2004 hingga Mac, 2008) dengan Ahmad Said- yang direstui oleh istana.

Sebahagian ADUN-ADUN Barisan Nasional masih belum dapat menerima hakikat bahawa Datuk Ahmad Said, ADUN Kijal telah dilantik  menjadi Menteri Besar dan memerintah Terengganu sejak selepas pilihanraya umum ke-12 yang lalu.

Sebelum itu Ahmad Said memberikan amaran keras memecat mana-mana ADUN BN yang mengemukakan usul undi tidak percaya kepadaNya. Jika usul berkenaan berjaya juga dikemukakan dan diluluskan memandangankan BN menguasai 24 daripada 32 kerusi DUN, beliau akan memohon perkenan Sultan Terengganu bagi membubarkan DUN dan mengembalikan mandat kepada rakyat.

Sementara itu dalam beberapa laporan media, Perdana Menteri mengakui telah berhubung dengan Ahmad Said dan dimaklumkan bahawa tiada usaha menukar Menteri Besar di negeri itu.

Dari laporan-laporan media juga, Najib menjelaskan keadaan ‘tekanan’ politik di negeri Terengganu itu “bukanlah sesuatu yang luar biasa” dan “boleh diuruskan”. Dalam menghadapi kemelut ini, UMNO dan BN setakat ini belum bersedia lagi untuk membubarkan DUN dan mengembalikan semula mandat kepada rakyat.

Bukan sahaja di Terengganu, malah di Perak yang sekarang ini menghadapi krisis perlembagaan ekoran rampasan kuasa “pintu belakang” pun, BN tidak bersedia untuk bubarkan DUN dan mendapat mandat rakyat.

Beberapa siri pilihanraya kecil sebelum ini Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang dan Bukit Selambau semuanya tidak memihak kepada BN. Malah pilihanraya kecil Bukit Lanjang pun cuba dielakkan supaya tidak dimalukan lagi oleh pesaingnya, Pakatan Rakyat.

Kabinet Najib tidak diterima rakyat?   


Sekarang ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan dua kementerian dibubarkan dan fungsinya diserapkan ke kementerian lain. Dengan ini jumlah Kementerian telah dikurangkan dari 29 kemnerian kepada 27 kementerian sahaja. 

Sebenarnya tidak ada Kementerian baru diwujudkan. Sebenarnya Kementerian Tenaga, Air dan komunikasi (KTAK) sebelum ini melepaskan sektor Komunikasi untuk digabungkan dengan Kementerian Penerangan untuk mengelakkan pertindanan bidang tugas.

Kementerian ini dijenamakan semula menjadikan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air sebelepas KTAK digantikan dengan satu segmen baru, yakni Teknologi Hijau diwujudkan bagi pembangunan mapan menggunakan teknologi hijau.

Sejak Najib mengumumkan kabinetnya pada Khamis, 9 April, 2009 yang lepas hingga sekarang masih banyak pihak yang mempertikaikan kebijaksanaan kabinet yang bertemakan, Satu Malaysia – Rakyat di dahulukan, prestasi di utamakan’ dengan memansuhkan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD).

Selain itu, Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KEKWA) turut dimansuhkan dengan menggabungkannya ke dalam Kementerian Penerangan, Komunikasi, Kebudayaan dan Kesenian.

Segmenr Warisan telah ditiadakan dari nama Kementerian ini. Manakala segmen Perpaduan telah dikembalikan kepada Jabatan Perdana Menteri.  Namun Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD) hilang terus identitinya.

Ramai usahawan dan peniaga bumiputra yang selama ini bernaung dibawah kementerian ini bangkit menyatakan tidak puashati terhadap permansuhan kabinet ini. Bila mereka bertemu dengan Timbalan Perdana Menteri, beliau tidak boleh buat apa-apa dan menyerahkan beban ini kepada Perdana Menteri.

Setidak-tidaknya MECD boleh digabungkan dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri. Manakala ssegmen Hal Ehwal Pengguna dari KPDNHEP sebelum ini diserahkan kepada Jabatan Perdana Menteri seperti segmen Perpaduan dari KEKWA sebelum ini untuk menjadi sebuah Kementerian Perdangangan Dalam Negeri, Pembangunan Usahawan dan Koperasi.

Selain dari kementerian, pemimpin-pemimpin politik juga tidak berpuashati dengan perlantikan menteri kabinet Najib ini. Malah MIC ternyata tidak berpuashati bila hanya mendapat Kementerian Sumber Manusia, tidak kementerian Kerjaraya seperti ketika Samy Vellu menjadi Menteri sebelum ini.

Terlalu banyak kecacatan dalam kabinet najib pada kali ini. Ternyata pengarauh Tun Dr. Mahathir dalam kabinet kali cukup ketara. Paling ketara adalah Khairi Jamaluddin, Ketua Pemuda tidak dilantik apa-apa jawatan sedangkan pesaingnya Mukhriz  Tun Mahathir yang kalah telah dilantik sebagai Timbalan Menteri

Begitu juga Ketua wanita dan Ketua Puteri juga telah dilantik sebagai Menteri dan Timbalan Menteri. Malah menteri-menteri dari UMNO yang digugurkan adalah dari kalangan penyokong-penyokong kuat Perdana Menteri sebelum ini.

Malah Pak Lah sendiri sehingga setakat rencana ini ditulis tidak diumumkan apa-apa peranan. Setidak-tidaknya Tun Mahathir duu dilantik juga Penasihat Petronas, Proton, LADA dan lain-lain.

Kita tunggu apa tindakan Pak Lah selepas ini

kalamperantau.wordpress.com