Oleh : Haji Ahmad Amzad Hashim
Kerajaan wajar rasionalisasikan jurang pembangunan antara negeri-negeri sebelum ia semakin melebar akibat fokus peruntukan yang terlampau jauh berbeza jauhnya antara negeri negeri pantai barat dengan negeri negeri pantai timur yang bermajoriti melayu.
Perasaan marah dan geram akan berubah menjadi memberontak sekiranya keadaan berterusan kerana hakikatnya rezab petroleum terbesar negara berada di malay basin yang terletak di sekitar perairan Terengganu dan Kelantan.
Wang petroleumlah yang banyak membiayai pembangunan negara.
Saya cadangkan supaya dipusatkan operasi berkaitan industri petroleum dan gas negara ke pantai timur.
Ini termasuk segala urusan pentadbiran. Segala prasarana yang berkaitan, lebuhraya, pelabuhan dan lain lain logistik boleh dirancang pembangunannya. Bukan lagi di KLCC atau daya bumi. Biar semua supplier, konsultan, service provider mula berkampung di Pantai Timur pula.
Akan datang bersama adalah industri hiliran berasaskan hidrokarbon, plastik dan sebagainya.
Ini akan mengagih sebahagian kesesakan di Kuala Lumpur ke timur. Meningkatkan peluang ekonomi, pekerjaan dan nilai sektor hartanah yang masih dikuasai melayu.
Jika kerajaan persekutuan sanggup berbelanja sehingga RM40 billion untuk MRT sahaja, atau lebih RM60billion untuk Tanjung Pengerang yang sebenarnya lebih memberi manfaat kepada peniaga Singapura dan berbagai pelabuhan, mengapa tak difikirkan gagasan yang sama untuk hub petroleum negara di Terengganu dan Kelantan?
Apa kerana politik sempit, orang melayu mahu dijadikan mangsa sedangkan yang menang pilihanraya di pantai baratpun ramai dari parti lawan, tak ada masalahpun diteruskan pembangunan, malah diberi lebih. Tambah dan terus tambah lagi!