KUALA NERUS – PAS menyifatkan jumlah 30 peratus penduduk yang masih dikategorikan sebagai golongan miskin dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir adalah sesuatu yang membimbangkan.
Pengerusi Majlis Tindakan DUN (MTD) PAS kawasan tersebut Ustaz Zakaria Dagang berkata, jumlah itu amat mengejutkan kerana Seberang Takir didakwa sebuah kawasan yang kian pesat membangun .
Apatah lagi, kata beliau, kawasan yang diwakili oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang juga Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Ahmad Razif Abdul Rahman.
“Angka 30 peratus itu adalah besar dalam suasana kemajuan dan pembangunan yang semakin pesat di negeri ini khususnya,


Beliau berkata demikian ketika mengulas dapatan daripada kajian bertajuk, ‘Miskin Bergenerasi dan Mobiliti Kemiskinan di Seberang Takir’ yang dilakukan oleh sekumpulan pelajar Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) tahun lalu.
Menurut beliau, antara punca kemiskinan yang disenaraikan dalam kajian itu adalah sumber pendapatan terutama kepada sebahagian besar penduduk yang masih bergantung hidup sebagai nelayan.
“Kekurangan kemahiran dan teknologi di kalangan anak-anak Seberang Takir dan kesihatan serta penyakit juga merupakan faktor kepada putaran kemiskinan yang disebut dalam kajian itu,


Katnya, pembangunan negara akan bermasalah dan akibatnya negara tidak akan maju dan menjadi sebuah negara mundur.
“Kesannya (negatif) juga dirasai oleh rakyat…….sebab itu, walaupun pelbagai usaha didakwa diambil oleh parti pemerintah,
“hakikatnya rakyat di bawah masih dalam tahap yang sama, tetap dalam kesusahan,” jekas beliau.
Justeru itu, berdasarkan kepada situasi tersebut, beliau berkata, ia dilihat seolah-olah Umno-BN gagal menyelesaikan masalah kemiskinan rakyat di kawasan pemimpin utama mereka.
Artikel berkait;
Hampir 30 Peratus Penduduk Seberang Takir Miskin?





























