Jumlah PPS, Mangsa Banjir Menurun

1300

KUALA TERENGGANU – Lima Pusat Pemindahan Sementara (PPS) telah ditutup dan sedikit penurunan jumlah mangsa dicatat iaitu 2,220 orang daripada 634 keluarga berbanding 2,296 daripada 648 keluarga pagi ini.

Menurut Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), empat PPS ditutup di Setiu menjadikan hanya enam PPS beroperasi ketika ini dengan jumlah mangsa menurun kepada 355 orang daripada 133 keluarga berbanding 553 orang daripada 189 keluarga di 10 PPS pagi ini.

“Di Hulu Terengganu pula, tiga PPS ditutup dengan hanya 71 mangsa daripada 29 keluarga masih berada di dua PPS iaitu di Kampung Durian Bador dan Kampung Pengkalan Ajal.

“Bagaimanapun, situasi sebaliknya berlaku di Besut apabila Besut apabila dua lagi PPS dibuka menjadikan jumlah keseluruhan PPS yang beroperasi ialah 23 lokasi di daerah itu,” menurut laporan itu.

Ini juga merekodkan peningkatan jumlah mangsa banjir iaitu 1,293 mangsa daripada 333 keluarga berbanding hanya 1,148 daripada 290 keluarga pagi ini.

Di Dungun pula, jumlah PPS kekal empat namun berlaku peningkatan mangsa banjir kepada 501 orang daripada 139 keluarga berbanding 483 mangsa daripada 134 keluarga pagi ini.