Judi, Maksiat Dan Zina Mesti Dibanteras

149

Kami mengambil maklum dua isu besar yang sedang berlaku dalam negara kita pada saat ini. Isu berkaitan Sugarbook dan juga kebenaran beroperasi operator perjudian berlesen.

Dalam Islam kedua-dua industri ini merupakan dosa yang wajib dijauhi Dan dihalang oleh semua pihak daripada berlaku. Ini adalah peranan kita semua.

Alhamdulillah, beberapa hari lepas kerajaan yang telah menyekat laman sesawang Sugarbook. Tahniah kepada kerajaan.

Dewan Pemuda PAS Terengganu juga mengucapkan tahniah kepada kepimpinan Pemuda PAS yang telah mengambil inisiatif bertemu dengan Menteri Dalam Negeri berkaitan isu Sugarbook ini.

Berkait soal kebenaran beroperasi operator perjudian pula. Pemuda PAS melalui Timbalan Ketua Pemuda, YB Ust Ahmad Fadhli Shaari telah menggesa kerajaan mempertimbangkan semua kebenaran ini dan perkara ini telah disampaikan kepada Menteri Kewangan. Kami juga mendesak agar kebenaran beroperasi ini dapat ditarik balik.

Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu juga melihat industri maksiat judi dan zina yang sedang berakar dalam masyarakat mesti dibanteras secara berperingkat dan agresif. Jika tidak, negara kita akan berhadapan dengan masalah sosial yang menggugat keharmonian masyarakat.

Alhamdulillah, di Terengganu sendiri operasi perjudian adalah tidak dibenarkan. Bermula PAS menang di Terengganu pada tahun 1999, premis perniagaan judi berlesen telah dihapuskan dan terus kekal hingga kini.

Ketika ini juga pihak kami berjaya menubuhkan Skuad Amar Ma’aruf Nahi Mungkar sebagai tenaga sukarelawan bagi membanteras maksiat di seluruh pelusuk negeri Terengganu.

Kami menyeru kepada semua pihak samaada kerajaan, swasta, orang persendirian, NGO dan ibubapa mesti memainkan peranan di peringkat masing-masing bagi membanteras maksiat zina dan judi ini.

Matlamat kita jelas, industri maksiat ini mesti ditiadakan dalam negara kita.

Ust Mohd Nasir Bin Abdul Razak
Ketua
Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu