Jom Jaga Johor, Jaga Simpang Jeram, Undi ‘Awang’!

59

MUAR – Seluruh pengundi N13 Dewan Negeri Simpang Jeram digesa untuk menjaga negeri Johor Darul Takzim dan menjaga kesejahteraan penduduk dengan mengundi calon PAS-Perikatan Nasional, Arshed Yahya @Awang

Yang Dipertua PAS Kawasan Bakri, Ustaz Kamarul Nizam Mohd Suhut berkata, Awang ialah seorang pemimpin yang layak dipilih untuk menjaga kerharmonian dan kebajikan warga Simpang Jeram.

“saya kenal Awang sejak kecil, dia kawan baik saya, Awang ni orang hebat suka tolong orang, mudah dan suka bantu walaupun dia tak kenal.

“dia anak jati Simpang Jeram, beliau akhlaknya baik dan baik juga hubungannya dengan semua lapisan masyarakat,” jelas Ustaz Kamarul Nizam.

Menurutnya, latar belakang Awang, seorang usahawan tani yang berurusan dengan banyak pihak, disenangi bukan sahaja dalam kalangan Melayu Islam, bahkan kepada mereka kaum lain dan bukan Islam.

“Awang ni dia berniaga dan termasuk menternak lembu, orang ramai suka dia sembelih, sebab dia ada ilmu pakar,

Ustaz Kamarul Nizam Mohd Suhut

“Kalau dia sembelih, dagingnya sedap, Awang ni pun mesra dengan sesiapa sahaja kalau dia bercakap orang suka dengar,” ujar beliau ketika ditemui di pejabatnya, semalam.

Beliau yang juga Mudir Madrasah Tahfiz Al-Quran At-Tanwiriah mendoakan agar Allah membuka hati semua orang dan memberi kemenangan kepada Awang.

“Awang ni perangai dia setiap Jumaat, dia mencari asnaf untuk dibantu, jadi harapan kami kepada semua tak kita parti apa parti,

“Awang memang untuk Simpang Jeram, semoga Allah beri kemenangan kepada Awang, sebab jiwa Awang ni ialah jiwa rakyat,” tegas beliau