Seramai 70 orang pelajar Pusat Asuhan Tunas-tunas Islam (PASTI) Ibnu Sina Gombak bersama Adun Gombak Setia, Ustaz Hasbullah Ridzwan, pegawai pusat Khidmat Masyarakat dan guru-guru PASTI telah menyertai program Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit/Let’s Read Together For 10 Minutes (LRT) di perkarangan pusat asuhan PASTI Ibnu Sina, Taman Berjaya Gombak.
Program yang diadakan serentak seluruh negara yang diketuai oleh Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) dengan kerjasama besar-besaran Perpustakaan Awam Negeri-negeri (PAN) bermula jam 10.00 pagi dan berakhir pukul 10.10 pagi. Pelbagai buku-buku yang turut dibaca oleh kanak-kanak Pasti bagi memeriahkan program tersebut.


“Ia juga bertujuan melahirkan masyarakat generasi yang mencintai ilmu, berakhlak mulia, mentaati agama dan berkemahiran yang tinggi. Sambutan yang diterima oleh kanak-kanak juga amat menggalakkan dan mereka teruja untuk bersama-sama dalam memeriahkan acara yang diadakan itu,”jelasnya.
Beliau berharap progam JOM BACA BERSAMA UNTUK 10 MINIT/LET’S READ TOGETHER FOR 10 MINUTES mencapai objektif dan berjaya memupuk masyarakat atau rakyat Malaysia sukakan pengetahuan, cintakan ilmu serta membudayakan membaca.
“Diharapkan juga program ini dapat diteruskan dari semasa ke semasa,”tambahnya





























