‘John Kerry al-Ikhwani’, Tuduh Pembangkang dan Puak Sekular Mesir

756
http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita16/John%20Kerry%20ikhwani.jpg

Kerry, yang terbang ke Kaherah dari Turki pada hari Sabtu, menggesa pelbagai pemimpin politik dan perniagaan untuk mencapai kata sepakat, selepas berlaku kegawatan politik dan kekacauan kerana revolusi yang menjatuhkan pemerintahan Hosni Mubarak pada dua tahun yang lalu.

Beliau telah bertemu dengan Abdel Fatah al-Sisi, ketua tentera Mesir dan Menteri Luar Mesir Mohammed Kamel Amr, sebelum mengadakan mesyuarat dengan Presiden Mohamad Morsi pada hari Ahad.

Sehubungan dengan lawatan itu, Kerry telah mengumumkan bantuan Amerika Syarikat sebanyak US$160 juta daripada keseluruhan peruntukan US$450 juta sebagai sokongan bajet kepada Mesir.

Beliau menyeru semua pihak termasuk parti-parti pembangkang dan sekular supaya berkompromi dengan kerajaan baru Mesir yang dipimpin oleh parti Kebebabasan dan Keadilan, sayap politik Ikhwan al-Muslimin, bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi khususnya masalah ekonomi yang semakin meruncing.

“Mesti ada kesanggupan pada semua pihak untuk membuat kompromi bermakna mengenai isu-isu yang paling penting kepada rakyat Mesir,” katanya kepada pemberita selepas bertemu pada hari Sabtu dengan Mohammed Kamel Amr, menteri asing.

“Kami percaya bahawa dalam masa ini cabaran ekonomi bahawa ia adalah penting rakyat Mesir untuk datang bersama-sama sekitar pilihan ekonomi dan untuk mencari beberapa alasan biasa dalam membuat orang-orang pilihan.”tambahnya – sumber AJE