Jimmy Carter Kecam Netanyahu

1033

Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS) Jimmy Carter berkata penyelesaian dua negara Palestin-Israel mempunyai ‘peluang sifar’ untuk direalisasikan dan menyalahkan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu kerana kegagalan tersebut.

Dalam temu bual yang meluas dengan Majalah Prospect yang diterbitkan pada hari Khamis, Carter menyalahkan Netanyahu yang mahukan hanya ‘penyelesaian satu-negeri’ dan berkata AS telah menarik diri dari berusaha perdamaian.

Beliau juga menuduh penjajahan Israel di Palestin menafikan hak yang sama, dan menyifatkan penjajahan Israel sebagai sebuah negara ‘apartheid’.

jimmy-carter“Ini adalah prospek yang paling teruk untuk keamanan di antara Israel dan Palestin selama bertahun-tahun (diusahakan), Pada masa ini, terdapat peluang Sifar penyelesaian dua negara,”kata Carter.

Carter, yang berkhidmat sebagai Presiden Amerika Syarikat 1977-1981, berkata beliau percaya bahawa Netanyahu tidak mempunyai niat untuk mengejar keamanan, dan mengeluh bahawa “Mereka [Palestin] tidak akan mendapat hak yang sama [berbanding Yahudi Israel, dalam penyelesaian satu-negeri]. ”

Netanyahu, kata Carter “tidak dalam masa sekarang dan tidak pernah (sesekali) ikhlas (dan) percaya kepada penyelesaian dua negara bagi Israel dan Palestin,”

Beliau juga menjelaskan bahawa ketika beliau melawat pendudukan Israel dan Tebing Barat pada bulan April, dia tidak peduli untuk menghubungi Netanyahu bagi sebarang pertemuan, dan menegaskan bahawa “ia akan (hanya) menjadi satu pembaziran masa untuk bertanya (Netanyahu)”.

Sama ada “Palestin akan mempunyai majoriti dalam kerajaan, atau anda menghalang mereka daripada hak-hak yang sama,” katanya, menunjukkan bahawa pendudukan Israel tidak akan menerima majoriti politik Palestin.