KEMAMAN – Jeti kegunaan harian nelayan bubu di sungai Kemaman, yang terletak di belakang pasar Chukai, dekat sini sudah terlalu usang dan perlu diganti.
Seramai hampir 50 orang penduduk tempatan yang bergantung punca pendapatan mereka dengan menangkap ikan menggunakan bubu, merayu pihak kerajaan agar membina sebuah jeti yang baru.
Wakil mereka, Haji Nazri Abdullah berkata, jeti sepanjang 100 meter yang dibina pada awal tahun 70-an itu sudah reput dan membahayakan para nelayan.
“sudah lama dah jeti tu……..sejak tahun 70-an lagi, tak pernah diganti, masih lagi jeti kayu, dah banyak (tempat) yang reput,
“banyak yang dah runtuh………jadi pohon segera kepada pihak kerajaan supaya ganti dengan yang baru,ganti dengan jeti batu,”ujarnya.
Beliau yang berusia 80 tahun, yang kini sudah bersara, pernah menjalani liku-liku hidup sebagai ‘anak laut’ selama 50 tahun sejak umurnya masih muda.
Katanya, beliau mula ‘turun ke laut’ sejak umurnya 20 tahun dan menyara keluarganya sepanjang kehidupan beliau, sehingga beliau tidak larat lagi memikul tugas tersebut 10 tahun yang lalu.
“tak pernah diganti……….tak pernah, sejak buat ‘mula’ itulah jetinya, itulah tempat saya berulang alik tiap-tiap hari selama 50 tahun,”tegas beliau.
Anak buahnya, Haji Taha Awang, 50, menyokong dakwaan ‘Pak Nazri’ mengesahkan, itulah jeti yang wujud sejak beliau kecil lagi.
Beliau amat bersetuju, sekiranya pihak berkuasa mengambil tindakan membina jeti yang baru, dengan kemudahan yang lebih baik.
“Tulah jetinya………..tak doklah jeti lain……..sejak saya kecik lagi, itulah jeti yang digunakan oleh ‘orang kelaut’ membawa pulang hasil tangkapan,
“eloklah kalau kerajaan ganti dengan yang baru, lebih comel dan lebih sesuai dengan bandar Chukai ini buat masa akan datang,”kata beliau.
Sehubungan itu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chukai Haji Hanafiah Mat ketika dirujuk berkenaan jeti itu berkata, beliau sudah tiga kali menganjukan permohonan kepada pihak berwajib.
Namun malangnya, kata beliau, sehingga kini, belum nampak apa-apa tindakan yang dibuat.
“sudah tiga kali saya buat permohona, cakap dan khabor kepada pihak kerajaan supaya jeti yang sudah uzur itu diganti, dibina semula,
“tapi nampaknya belum ada apa-apa tindakan, dan saya akan jumpa lagi pihak berkenaan dalam waktu terdekat,”ujarnya ketika ditemui.
Menurutnya, jeti tersebut adalah amat penting dan strategik bagi ekonomi bandar Chukai kerana sebahagian bekalan ikan yang dijual di pasar berhampiran adalah datangnya dari nelayan yang menggunakan kemudahan tersebut.
Katanya, ia sesuai dengan slogan ‘Kemaman Idaman’, visi yang mahu dicapai Majlis Perbandaran Kemaman bagi mewujudkan perbandaran yang maju, berdaya saing dan lestari.
“sudah tiba masanya sekarang (high-time) kepada pihak berkuasa untuk menggantikan jeti tersebut yang terletak ditengah-tengah bandar Chukai,
“selain memperelok kemudahan rakyat ia akan menjadi ‘nilai tambah’ kepada lanskap dan rekreasi bagi menjadi tarikan orang ramai,”jelasnya
https://youtu.be/IEKgBLxXNqg










