Jerteh Souq Tidak Sempurna, Terminal Bas Dan Teksi RM5 Juta Pula Tergendala

6440

BESUT – Selepas pasar Jerteh lama terbakar, kerajaan PAS yang memerintah Terengganu antara 1999 – 2004 telah membina bangunan untuk dijadikan pasar baharu.

Sebaik bangunan itu siap, Umno telah ‘merampas’ kerajaan daripada PAS dan Menteri Besar dari Jerteh, Dato’ Seri Idris Jusoh dengan ‘megahnya’ melancarkan projek ‘membeli impian’ yang dinamakan Jerteh Souq.

Screenshot (175)Bangunan yang baru siap itu telah dirobohkan dan sehingga kini, ‘impian tidak menjad realiti’ kerana Jerteh Souq tidak diteruskan dengan sempurna pada zaman Dato’ Seri Ahmad Said menjadi MB.

Bahkan Terminal Bas dan Teksi dengan harga RM5 juta yang dibina oleh MB Ahmad Razif Abdul Rahman, juga tergendala dan masih tidak boleh digunakan oleh rakyat.

Seorang pemandu teksi yang tidak mahu dikenali berkata, Jerteh Souq tidak akan diteruskan kerana Idris tidak lagi jadi MB.

“Tak ada dah…….wakil rakyat orang lain dah……bukan Dato’ Idris, kalau dia jadi MB mesti siap…….dua tahun siaplah,

“Sekarang tak buat dah,”jelasnya ketika ditemui, di setesen teksi hari ini.

Katanya, beliau tidak tahu mengapa stesen bas yang baharu siap itu tidak digunakan lagi.

“Tanya Majliis Daerah (Besut) lah kenapa tak boleh guna lagi………..tandas pun tak ada…….tak siap lagi,”tambahnya.

Screenshot (173)Akhirnya, bangunan Bazaar disiapkan pada tahun 2014 setelah hampir 10 tahun tergendala tetapi ia sudah berbeza dengan ‘rancangan impian’ Jerteh Souq.

Media melaporkan August 10, 2015, Kerajaan Negeri Lulus RM5 Juta Untuk Pembinaan Tambahan Jerteh Souq Di Besut.

Menurut laporan ia adalah untuk menaiktaraf Jerteh Souq, tetapi mengenai terminal bas bandar Jerteh, beliau berkata kerajaan negeri akan mengemukakan permohonan kepada kerajaan pusat bagi membina sebuah terminal yang moden untuk keselesaan penumpang.

Persoalannya, ke manakah peruntukan yang telah diluluskan sebelum ini, sehingga kerajaan terpaksa menambah perbelanjaan untuk membina Terminal itu?

“Jadi ke manakah perginya wang tersebut? Perkara ini perlu dijelaskan oleh kerajaan! Dan sehingga kini berapa sebenarnya perbelanjaan),

masterplan-Jerten-Souq
Pelan induk Asal Jerteh Souq, sudah jauh berbeza dari realiti masa kini

“yang telah dihabiskan untuk membina kompleks Jerteh Souq yang masih tidak sempurna itu?,”soal Yang Dipertua Besut, Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad.

Sebelum itu pada 13 Mac 2010, Majlis Daerah Besut (MDB) diminta mengambil langkah segera bagi memastikan pembinaan projek Jerteh Souq berharga RM70 juta di sini yang terbengkalai diteruskan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jerteh, Datuk Seri Idris Jusoh ketika itu berkata, projek terbengkalai itu sepatutnya disiapkan tahun ini dan menimbulkan kesulitan kepada banyak pihak.

Katanya, ini terutama di kalangan peniaga serta penduduk setempat yang menyebabkan mereka terpaksa berniaga dalam keadaan tidak selesa.

“Sehingga kini status sebenar projek itu tidak banyak diketahui dan MDB selaku pihak yang bertanggungjawab perlu memberi penjelasan mengenai apa yang sebenarnya berlaku,” katanya.

Berita sebelum ini;

Masihkah Kau Ingat, Jertih Souq?