Jerebu; Satu Daripada 10 Tanda Kiamat?

2997

Allah SWT menegaskan dalam satu firmannya yang bermaksud: “Oleh itu tunggulah (wahai Muhammad) semasa langit membawa asap (jerebu ?) yang jelas nyata (yang menyebabkan kebuluran yang dahsyat).” (Surah al- Dukhaan: 10).

Dalam hadis sahih Muslim antara lain digambarkan bahawa tanda-tanda kiamat yang telah berlaku sehingga sekarang ialah terbelahnya bulan, kemenangan Rum ke atas Parsi, keluarnya asap atau jerebu yang akan membahayakan kesihatan.

Ini semuanya boleh berlaku kerana sikap manusia yang rakus dan terlalu mementingkan diri dalam meraih keuntungan peribadi tanpa memikirkan kesejahteraan awam.

jerebu kuala lumpurSabda Nabi yang bermaksud;

“Maka tunggulah hari ketika langit membawa kabut yang nyata. Yang meliputi manusia. Inilah azab yang pedih. (Mereka berdoa): “Ya Tuhan kami, lenyapkanlah dari kami azab itu. Sesungguhnya kami akan beriman.” (Surah Ad-Dukhon: 10-12)

Sabda Nabi saw bermaksud;

“Hari kiamat tidak akan datang sebelum kalian melihat sepuluh (tanda-tandanya);

1) Terbitnya matahari dari barat;
2) Asap tebal
3) Binatang melata
4) Keluarnya Ya’juj dan Ma’juj
5) Turunnya Isa Putera Maryam
6) Dajjal
7,8,9 ) tiga khasf (penenggelaman) iaitu di bahagian timur, di bahagian barat dan di Jazirah Arab
10) Api muncul dari lembah ‘Adn (kota terkenal di Yaman) yang akan mengiring manusia. Api itu bersama mereka setiap saat, baik ketika mereka (tidur) di malam hari mahupun disaat mereka beristirehat disiang hari” (Riwayat Muslim no. 2901)

Kata Ibnu Katsir dalam tafsir beliau iaitu Tafsir Ibnu Katsir;

“Terdapat berbagai hadis marfu’ (sampai kepada Nabi) dan mauquf (hanya sampai pada sahabat), ada yang sahih dan ada yang hasan yang dirasa sudah cukup membuat puas dan memberikan petunjuk yang pasti bahawa asap tebal merupakan salah satu tanda-tanda besar bagi kejadian hari kiamat yang ditunggu kedatangnya, dan itulah yang nampak dari zahir ayat al-Quran. Allah swt berfirman (maksudnya) “Maka tunggulah hari ketika langit membawa kabut yang nyata”. NYATA, yakni jelas dan terang dimana setiap orang mampu melihatnya.” (Sahih Tafsir Ibnu Katsir m/s 254, jilid 8)

Wallahua’lam.