Jentera Parti Mesti Kuasai MEDSOS

940

Oleh : Pyang Mamat

KEMAMAN – Semua jentera Parti Islam Semalaysia (PAS) mesti menguasai media baharu menjelang Pilihanraya Umum ke 15 (PRU15) nanti.

Yang Di Pertua PAS Kawasan Kemaman YB Ustaz Alias Che Hamid berkata, sebaliknya jika gagal, PAS ditinggalkan jauh ke belakang oleh pesaing siasah lain.

“Setiap daripada kita mesti tahu dan mahir dalam menguasai teknik dan taktik untuk menguruskan dan mengunakan media sosial ini.

“Inilah norma baru yang perlu kita hadapi menjelang PRU15 nanti di musim pendemik Covid 19 ini,” ujarnya.

Ahli Parlimen Kemaman itu berktata demikian ketulika berucap pada Majlis Iftar Jamaei dan Perasmian Mini Studio PAS Dewan Undangan Negeri (DUN) Kijal yang diadakan di Kampung Bukit Kuang kelmarin.

Oleh itu, beliau mengucapkan tahniah kepada Majlis Tindakan Dun (MTD) Kijal kerana berusaha untuk mengadakan sebuah mini studio.

Terdahulu, Pengarah MTD Kijal, Ustaz Hazri Jusoh dalam ucapan aluannya memaklumkan sebanyak RM30 ribu dibelanjakan untuk mini studio ini.

“Kita telah membelanjakan sebanyak RM30 ribu bagi menyiapkan mini studio ini yang lengkap dengan prasarana dan peralatan yang dicadangkan.

“Diharapkan ianya dapat dimanfaatkan semaksima mungkin oleh semua entiti yang berada didalam parti di Kijal menjelang PRU15 kelak,” katanya.

Mini studio tersebut ditempatkan di sebuah bilik di Bangunan Markaz Besar PAS DUN Kijal yang terletak di Kampung Bukit Kuang.