Jelas 6.0 Terangkan Dasar Istiqamah Hingga Kemenangan

1577

Oleh : NHA

KUALA TERENGGANU – Lajnah Penerangan dan Hubungan Media Dewan Muslimat PAS Malaysia (LPHMDMPM) dalam siri Jelajah Saidatina Khadijah (JELAS 6.0) di sini telah berjaya mengumpulkan kehadiran muslimat seramai 400 orang petugas teras.

Menurut Ketuanya, Ustazah Hajjah Wan Hasrina Wan Hassan, antara objektif Jelajah ini adalah bagi mengukuhkan saf kepimpinan Dewan Muslimat di semua peringkat dengan temanya ‘Memantapkan Ukhuwwah, Merakyatkan Perjuangan’.

IMG-20150831-WA0062“Kita mahu semarakkan lagi semangat perjuangan bagi diri para muslimat dalam mendepani cabaran semasa yang begitu mencabar”

“Selain untuk mengoptimakan tenaga muslimat di dalam organisasi, kita mahu mencapai mekanisma penyampaian maklumat yang selaras di peringkat pimpinan hingga pengundi, “ucap Wan Hasrina di Markaz Tarbiyyah PAS Kuala Ibai.

Dalam pada itu, program JELAS yang diambil sempena nama Saidatina Khadijah ini bagi mengambil pengajaran pengorbanannya di dalam perkembangan sejarah awal Islam.

Menurutnya, jasa Saidatina Khadijah membantu dakwah Rasulullah, selain menginfakkan tenaga dan seluruh hartanya bagi membantu kemenangan Islam.

Program separuh hari itu juga turut melancarkan Kempen SAHABAT PAS (ALL 4 ONE) yang dirasmikan sendiri oleh Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia, Ustazah Hajjah Nuridah Salleh. Pada masa yang sama, sesi bergambar khas mempromosikan akhbar rasmi PAS (Harakah) bersama para pimpinan dan peserta.

Wacana Saidatina Khadijah merupakan slot terakhir JELAS 6.0 dengan menampilkan 3 orang panel khas iaitu Ketua dan pimpinan DMPM.

IMG-20150831-WA0039Sehubungan itu, Ketua Penerangan Muslimat PAS Terengganu Puan Maznah Muftahuddin menzahirkan rasa syukur diatas sambutan hangat dari kawasan.

Dengan itu, beliau berkata, maklumat terkini yang sahih dari sumbernya, dapat disebarkan dengan cepat dan penjelasan diberikan dengan tepat kepada kepada orang ramai di kawasan masing-masing.

“Hasil penjelasan dapat mengukuhkan kefahaman para muslimat tentang dasar perjuangan PAS dan memupuk semangat juang untuk terus istiqomah hingga kemenangan,

“Program JELAS ini adalah salah satu agenda Muslimat pusat untuk menyatukan fikrah pemimpin dan ahli-ahli,”ujarnya.

Program tersebut juga, kata beliau, dapat mengatur gerakerja penerangan sehingga ke peringkat cawagan-cawangan bagi menghadapi gelombang pilihan raya umum kali ke-14 (PRU 14) alan datang.