Jelajah Treler Teguh Pertahan Mulakan Langkah Pendekar

143

DUNGUN – Jelajah Tereler Teguh Pertahan memulakan memulakan langkah pendekar dengan menayangkan filem Mat Kilau kepada rakyat di Pasar Felda Jerangau.

Ketua Penerangan PAS kawasan Dungun, Naraza Muda menerima cabaran untuk menggerakkan treler itu bagi mendedahkan kepada masyarakat luar bandar kepada teknologi pendigitalan.

“Alhamdulillah sambutan baik, walaupun hujan agak lebat turun tetapi tidak melemahkan orang-orang Felda Jerangau untuk menghayati filem Mat Kilau,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di tapak program pada lewat semalam.

Menurutnya lebih 300 orang telah menyaksikan tayangan filem pecah panggung itu yang memuatkan turun melalui sebuah platform penyelia perkhidmatan atas talian.


Sehubungan itu, Timbalan Pengarah Jabatan Penerangan PAS negeri Terengganu, Tuan Haji Sazali Mohd Noor berkata, jelajah Treler Teguh Pertahan itu akan bergerak mengelilingi negeri Terengganu.

“Insya Allah malam ni di Pasar Felda Jerangau, esok akan diadakan di Sura Gate dalam Dun syura dan kemudian daerah2 lain, 20 September di Kemaman (Selasa), 21 Dungun,

” 22 -23 Himpunan Teguh Pertahan, 24 Hulu Terengganu, 26 dan 27 Besut, 28 dan 29 Setiu, 30 Kuala Nerus, 1 Okt Kuala Terengganu dan 2 Oktober Marang,” ujar beliau.

Jelajah trak itu juga menurut beliau sempena memeriahkan beberapa perkara antaranya selepas kejayaan muktamar PAS Pusat yang diadakan di negeri Kedah baru-baru ini.

“Pada 22 hb sambutan Pra Himpunan Teguh Pertahan diadakan selama dua hari di Kompleks Sukan Gong Badak.

“Antara program menarik adalah ceramah tiga MB bagi negeri yang dikuasai oleh PAS ,” tambah beliau.