Janji Pilihanraya Netanyahu Bakal Semarakkan Pertembungan

809
http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita13/bab%20al-shams.jpg

Pungutan pendapat pada hari Jumaat, hari terakhir mereka dibenarkan diterbitkan sebelum pilihan raya, menunjukkan pakatan parti Likud-Yisrael Beitenu hanya memenangi 32-35 kerusi dalam Knesset 120-anggota, turun daripada 42 dalam parlimen keluar.

Oleh itu, dalam temu bual dengan akhbar Israel Maariv yang diterbitkan pada hari Jumaat, Netanyahu telah berkata tidak ada sebarang penempatan haram Israel yang akan dimusnahkan sekiranya partinya menang dalam pilihanraya.

Pada minggu lalu, lebih 100 warga Palestin telah berkhemah membantah di kawasan yang dikenali sebagai E-1 pada Jumaat demi menghalang Israel meneruskan pembinaan di Tebing Barat.

Berlaku pertembungan dengan polis ‘haram’ Israel dan penunjuk perasaan itu telah dihalau.

Para aktivis itu ‘meminjam’ frasa dan muslihat yang sering dikaitkan dengan peneroka Israel, yang percaya tindakan mewujudkan penempatan penduduk di sesuatu kawasan bermakna kawasan itu kekal milik Israel.

Mereka berkata bahawa mereka mahu mendirikan perkampungan di tapak itu, yang mereka panggil Bab Al Shams.