Jangan Terpengaruh Dengan Agenda Musuh Islam

1863

Oleh : Azizah Mahmood

MARANG – Cuti sekolah yang panjang menyebabkan ibu bapa mencari inisiatif, program dalam mengisi ruang masa anak-anak, supaya terisi dengan berfaedah

Justeru itu di parlimen Kuala Terengganu, Waja kawasan dibawah Dewan Pemuda PAS Kuala Terengganu (DPPKKT) mengambil langkah mengadakan Kem Remaja yang dinamakan “kem KEMIM 2.0”

Ketua Penerangan PAS Terengganu YB Ustaz Nohd Nor Hamzah menyeru agar para remaja tidak terpengaruh dengan agenda jahat musuh Islam.

Memim2“Belajarlah dari ilmu yang kita dapat dalam kem ini untuk menjadi anak anak yang membahagiakan ibu bapa bukan saja di dunia tapi di akhirat.

“Lihat sekeliling kita tetapi jangan biar diri terpengaruh dengan agenda jahat musuh yang mahu melihat islam jatuh,”katanya ketika menutup Kem tersebut.

Program selama tiga hari dua Malam ini melibatkan peserta yang berumur antara 13 hingga 17 tahun dan berjaya menarik minat seramai 104 orang peserta menyertai KEMIM kali kedua yang dia adakan di D’ Lavender Marang.

Sehubungan itu, Ketua Pemuda Kawasan Azrin Aris berkata, program tersebut sebagai ruang untuk kita membentuk sahsiah diri anak anak remaja.

“kita melihat program ini sebagai ruang untuk kita membentuk sahsiah diri anak anak remaja dalam.dunia yang serba moden tanpa sempadan,

Memim3“di samping mendedahkan mereka kepada beberapa program jemaah yang boleh di ikuti di peringkat mereka yang bergelar pelajar,”ujarnya di hadapan seramai 104 orang peserta, pada Majlis penutup, Sabtu 24 Disember.

Sementara itu, rata-rata peserta yang tidak pernah menyertai mana mana kem sebelum.ini begitu teruja dan kelihatan bersemangat mengikuti modul modul yang di sediakan oleh fasilator yang berpengalaman.

“ketua unit pengisian telah meletakkan halatuju yang begitu baik untuk di ikuti sepanjang program ini, mudah mudahan adik adik ini akan mengambil pengalaman yang berharga untuk di bawa pulang dan mempraktikkannya”kata seorang fasilitator, Nur Atiqah Abdullah.