Jangan Terpedaya Dengan Fitnah Musuh

199

Oleh : Nooreni Abu Bakar

DUNGUN – Ahli Parti Islam Se-Malaysia(PAS) diingatkan jangan terpedaya dengan fitnah yang dimainkan musuh yang sebenarnya bertujuan untuk memecah belahkan sokongan rakyat kepada parti itu.

Pengarah Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri(DUN) Rantau Abang, Cikgu Alias Harun berkata PAS yang semakin mendapat tempat di hati rakyat amat dicemburui oleh musuh-musuh politiknya.

“Jadi macam-macam fitnah dibuat untuk rakyat benci kepada PAS tapi yang sedihnya, ahli-ahli PAS ikut percaya dan kata macam – macam kepada pemimpin kita,” ujarnya dengan nada kecewa.

Cikgu Alias berkata demikian ketika berucap menutup Program Taklimat Pilihan Raya Umum ke 15(PRU15) Muslimat DUN Rantau Abang di Dewan PASTI Jalan Intan di sini sabtu4 Disember.

Beliau turut mengingatkan di zaman dunia dikuasai media sosial, Muslimat perlu sentiasa berwaspada dan bersabar dengan tohmahan-tohmahan yang berleluasa.

“Muslimat yang merupakan pemimpin di tempat masing-masing harus bersabar, ada kalanya diam itu lebih baik,” katanya.