Jangan Tebuk Kapal Kalau Tak Setuju Dengan Kapten

734

http://www.buletinonline.net/http://buletinonline.net/v7/wp-content/uploads/2009/11/hadiawang.jpgBeliau berkata demikian dalam ucapan penanguhan menggantikan Mursyidul AM PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam Seminar Memperkasakan PAS di Dewan Dato’ Fadzil Noor, Taman Melewar semalam.

Tuan Guru Nik Aziz terpaksa pulang awal kerana tidak sihat dan uzur.

”Tak setuju dengan kapten, jangan tebuk kapal, walaupun ada ahli yang mabuk laut dalam pelayaran (pejalanan PAS), (namun) tak ada yang terjun dari kapal,”katanya

Beliau menegaskan akan terus menerajui PAS kerana amanah yang telah diberikan kepadanya melalui Muktamar PAS yang lalu.

”Kepimpinan adalah amanah, baju amanah tak akan dibuang, walaupun ujian yang hebat dan jauhnya perjalanan,”jelasnya.

Beliau juga mengingatkan perwakilan yang hadir, menegur pemimpin jangan jadi seperti beruang yang tampar lalat di muka tuannya.